Written by Bella | October 5th, 2018

Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie diarah untuk membayar ganti rugi berjumlah RM80,000 atas segala penderitaan yang ditanggung oleh bekas isterinya, Rozana Misbun berikutan kes pukul yang terjadi kira-kira empat tahun lalu.

Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada 28 September lalu telah menghakimkan ganti rugi am sebanyak RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dan kos sebanyak RM10,000 untuk dibayar oleh Awie kepada pihak Rozana.

Rozana sebelum ini telah memfailkan saman sivil terhadap Awie untuk menuntut ganti rugi kerana mengalami kecederaan yang agak teruk iaitu lebam-lebam di bahagian muka, telinga kiri, leher bahagian kiri,lengan, ketiak, dada, bilateral periorbital dan hidung. Manakala tulang rusuknya juga retak.

Bukan itu sahaja, Rozana turut menuntut kos rawatan di hospital selain perasaan malu yang terpaksa beliau tanggung akibat daripada perbuatan bekas suaminya itu.

Pada 7 Mac 2016, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes ini secara baik dimana Awie harus membayar kompaun sebanyak RM 10,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun, sebelum itu beliau tetap tidak mengaku bersalah mencederakan Rozana di kediaman mereka, namun Awie elah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014 dan telah didakwa atas kesalahan tersebut.

Sumber Berita & Foto : mStar Online

27 responses to Kes Pukul Bekas Isteri : Mahkamah Perintah Awie Bayar Ganti Rugi RM80,000

  1. Anonymous says:

    Pompuan mangas domestic violence mesti bersuara.

    6

    1
  2. Gorges says:

    Ramai pompuan yg di dera suami berdiam diri. Harap kes ini beri semangat pada mereka untuk berjuang tuntut keadilan. Jangan terus menderita

    19

    0
  3. wekkkkkkk says:

    sebenarnya kita tak tahu apa msalah org dlm rmhtangga..kalau x kerana duit, kerana wanita atau kerana jantan, atau tiada zuriat atau x sehaluan.

    org lelaki yg pukul bini bukanlah jenis yg berani. ..lelaki jenis ini sebenarnya jenis lemah. Kalau x suka dn ada org lain, silakn terus terang dn lafazkan talak, itu shj, bkn ssh pun. Malaysia ni masih bagus juga dlm menangani masalah wanita dlm rmhtangga. Kepada org wanita di sini, jgn takut failkan perceraian jika kena sepak terajang.

    16

    1
  4. Hahahahahahah says:

    Kesian dia.. Baguslah dia stand dan perjuangkan apa yang patut

    Tapi mungkin tu kifarah rampas suami orang .. Mana tau ujian tu sebab dia orang teraniaya

    Kepada wanita² sekalian.. Sebelum berkahwin.. Siasat la betul² bakal suami tu jenis camna.. Lebih2 lagi Kalau suami orang

    18

    1
  5. Hermmmmmmmm says:

    Kesian dia… Bagus la bangkit Tegakkan keadilan..

    Mungkin boleh jadi ujian / kifarah atas sebab rampas suami orang. Mungkin dari doa orang teraniaya.

    Kepada wanita yang hendak berkahwin, selidiklah dulu bakal suami tu jenis camna.. Lebih2 lagi Kalau suami orang

    3

    0
  6. wekkkkkkk says:

    itulah padahnya..”nikah di sempadan”…pasti berakhir dgn kegelapan.
    Sedarlh sikit kepada mereka2 yg menikah di sempadan tu, nasib anda akan menyusur.

    * siapa mkn cili dia yg terasa pedas*.

    8

    1
  7. Anonymous says:

    Datuk Awie pejam sebelah mata je tu byr, duit bonus dh dpt hasil lakonan dlm hantu kak limah..pandai ye mahkamah, lepas bonus baru kasi tahu..atau mgkn permintaan Awie.

    1

    1
  8. Anonymous says:

    Mcmana hilang sabar pun dgn isteri, wahai lelaki yg gagah lg perkasa..anda kena igt bahawa isteri bukan LAWAN kamu. sah2 la korg yg kuat akan menang!!

    4

    1
  9. Noname says:

    You have to pay for your baran..
    Klu prmpuan yg baran n cederakan…dh tentu kluar la ayat..ahli neraka la..
    Masa suka lupa anak dn isteri yg cantik..(terpisah dgn anak)
    Masa marah kau lanyak dpn publik..retak hidung n rusuk..huh..
    Patut claim bnyak lagi..
    Luckily masih diterima dlm industri…
    Semua org ada kelemahan…belajar dari kesilapan..

    5

    1
  10. Lair says:

    Ok lah…nasib baik dapat pampasan…Awie patut kena penjara kerana pukul teruk gitu ..

    7

    1
  11. Anonymous says:

    Kalau.luar negara habis kena penjara awie ni…. tapi di Malaysia siap di beri Datuk lagi…. susah lelaki dayus panas baran…

    10

    0
  12. Sakura says:

    Awie ni panas baran..ikut sgt darah muda..yg paling tak boleh terima pukul bini hampir 1/2 mati depan khalayak..nmpk awie mcm kurang adab..pelik boleh dpt pangkal datuk pulak tu..mcm tak sesuai je..cer tanya bekas isteri dia yg 1 Ain Nazira ada x awie dulu sepak terajang dia..dimana Ain Nazira skrg tu ye..

    6

    0
    • Anonymous says:

      Arni nazira.. Dah berbahagia dah dgn suami baru… Dah bertambah2 dah anaknya… Suami pun nmpk baik dan soleh.. Ade hikmah di stiap kejadian…

      2

      0
  13. pelik aku says:

    tp yg pelik nya ada jugak perempuan yg nak jadi bini dia ni lepas kes tu… pelik aku

    6

    1
  14. cikgebugebas says:

    ok la tu awie boleh bayar. dah dapat duit juta2 kan hasil lakonan dalam Hantu kak Limah baru-baru ni. So apa dehal..bayar jela

    0

    1
  15. dakumanis says:

    agaknya awie sweet talker dan tabur duit – pompuan nak kat dia… tapi jgnlah pukul bini di khalayak ramai. takde otak… menyampah tenguk lelaki mcm ni… nampak xde keimanan , kuat sex, baran tak tentu pasal

    2

    1
  16. tutki says:

    tanya diri ko sendiri kenapa bila kau buat benda pelik ok pelik aku?itulah manusia…

    0

    1
  17. euww says:

    OBVIOUSLY ORANG YANG KOMEN SINI TAK TAHU KES.
    INI BOLEH CONSIDER KES DERA KE ? NOPE.
    SELAMA NI ELOK BAHAGIA. CUMA SEKALI TU AWIE NAIK ANGIN TAK DAPAT KAWAL SEBAB ???

    SI BINI GUNA DUIT SIMPANAN ANAK RATUS RIBU UNTUK BERJOLI BELI HANDBAG MAHAL. BERLAGAK KAYA DEPAN ORANG, PADAHAL ABES SEMUA DUIT LAKI DIHABISKAN. KO RASA ??

    NASIB BAIK PATAH HIDUNG JE. BURUK SANGAT PERANGAI.

    11

    3
    • euww says:

      DAN JANGAN LUPA, AWIE JUMPA BANYAK BENDA BERBUNGKUS KAIN KUNING DISOROK DI DALAM RUMAH.

      UNTUK TUJUAN APA ?? SENDIRI BOLEH FIKIR.

      5

      1
    • cLn says:

      Btol..tau jgk kes ni…Awie pukul sbb geram kena tipu..bukti watsapp sumer ade..dah kantoi dia nk jual blk semua beg tu..tu yg Awie bwk gi PNB tgk2 duit dh kosong..hangin laaa..

      2

      1
      • minah jambu say NO to drugs says:

        memang dia pompan jahanam mate duitan dngan laki sendiri belen duit tingal RM200 sape tk naik angin ape lagi bedal lah sampai bokop padan la muka yg tk jambu tu huh !! pastu nak salahkn laki hentam muka dia ..tengok la prangai tu sikit betol ke tk betol pencuri !!! lepas cerai ngan awie sape pulak laki kau ? ada orang nak ke ? huhu jantan pon takot nak dekat….

        3

        0
        • Wekkkkkkk says:

          Awie tak menilai dari awal siapa bini dia ni. Org yg sggup pchkn rmhtangga org…itulh balasanya. Awie buta mata masa bkawan..terus stuju nikh ke thai dn rmhtangga goyah dgn yg prtama.
          Last2 skrg baru tahu….balasan utk memasing punya kisah.
          Lantaklh korang..yg penting jgn berbunuhan.
          Tapi walaupun pengakhirannya mcm itu..dpt pulak tu pampasan 80 ribu…hairan.

          1

          0
    • Nad says:

      Still does not justify domestic violence. Belajar agama tak? Dalam Quran ada bagi guideline untuk mendidik isteri. Malang la sapa yang kawin dengan euww nih.

      1

      0

Leave a Comment

Optional