April 28th, 2018

Bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan, pelakon Atikah Suhaime merayu agar tiada pihak bertanya mengenai kisah kontroversi beliau sebelum ini kepada tunangnya, Awi Rafael yang sudah menerima diri beliau seadanya.

Saya harap dan mohon media tidak bertanya Awi tentang perkara lalu saya. Bukan apa, saya cuma rasa seperti tidak menghormatinya sebagai tunangan saya. Dia terima saya seadanya dan sejujurnya kami tidak pernah bercakap tentang itu sepanjang berkawan.

Sah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lepas, Atikah mengakui Awi adalah insan yang banyak memberikan beliau semangat untuk terus bangkit saat beliau sudah berputus asa dalam kehidupannya.

Terdahulu, Atikah terlibat dengan kontroversi panas selepas foto bogel miripnya besama pelakon Idris Khan mula tersebar. Gara-gara itu beliau sudah tidak mendapat tawaran berlakon lagi dan terpaksa pulang ke tempat kelahirannya di Singapura kerana wang simpanan beliau sepanjang menjadi artis sudah habis digunakan.

Sumber Berita : mStar Online

September 21st, 2016

Berjanji akan menyiasat isu penyebaran foto bogel Atikah Suhaime bersama Idris Khan, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo akui telah mengetahui dan kenal dengan individu yang tidak bertanggungjawab menjatuhkan imej artis dibawah naugan syarikatnya itu.

Menurut David, beliau mempunyai beberapa bukti yang boleh mendakwa individu berkenaan ke mahkamah.

Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan.

Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas.

Jelas David, Atikah cuma menjadi mangsa kepada individu tersebut .

Dia hanya mangsa oleh seseorang yang ingin menjatuhkan kerjaya dan maruahnya sahaja. Dia sudah memohon maaf dengan ikhlas pada kontroversi lalu.

Saya harap masyarakat tidak terus menerus menghukumnya seumur hidup, semua orang dalam dunia ini ada buat silap.

Pergh memang pantas sekali pihak David Teo mengenalpasti dalang yang menyebar foto bogel Atikah Suhaime. Harapnya piahk polis dengan segera dapat menangkap individu terbabit bagi menjernihkan keadaan.

Sumber Berita : mStar Online