February 26th, 2020

Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair telah merentap separuh jiwa Bunga Citra Lestari. Peritnya kehilangan suami tercinta tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan sehingga kini penyanyi Indonesia itu masih lagi setia menziarahi pusara arwah suaminya.

bunga citra lestari mula kerja

Meskipun masih berduka, BCL nampaknya tetap profesional dan dikhabarkan akan mula meneruskan segala pekerjaannya yang tertunda sebelum ini. Difahamkan, dia bakal muncul di konsert penyanyi antarabangsa, Ronan Keating yang akan berlangsung di Pullman Central Park, Jakarta Barat pada Sabtu ini.

Perkara itu disahkan oleh Rizky daripada Media Relation Fullcolor selaku penganjur konsert tersebut.

View this post on Instagram

Really Looking forward to performing in Jakarta this Saturday. Info & tickets @fullcolorparty www.fullcolorentertainment.com

A post shared by Ronan Keating (@rokeating) on

Ya BCL sudah mengesahkan akan meneruskan persembahan. Walaupun sedang berduka, BCL memastikan secara professional dirinya tetap tampil pada konsert itu.

BCL juga dikatakan bakal menggalas semula tugas sebagai juri Indonesian Idol 2020 selepas selesai majlis tahlil arwah suaminya selama tujuh hari.

bunga citra lestari konsert ronan keating

Bukan mudah untuk memulakan langkah meneruskan kehidupan selepas pemergian insan tercinta, teman suka dan duka. Namun, kami puji betapa tabahnya BCL yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya dalam bekerja meskipun hatinya masih bersedih. Kami doakan agar BCL terus cekal dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber Berita : Tribun News

February 19th, 2020

Pemergian Ashraf Sinclair secara tiba-tiba akibat serangan jantung awal pagi semalam telah mengejutkan ramai. Antara yang turut merasai kehilangan Ashraf adalah pelakon Zul Ariffin yang sudah 16 tahun bersahabat dengan arwah.

zul ariffin ashraf sinclair

Saat mendengar berita duka Ashraf meninggal dunia, Zul terus bergerak ke Jakarta bagi memberi penghormatan terakhir buat rakan baiknya itu.

Zul mengenali Ashraf sejak berusia 17 tahun, malah suami kepada Bunga Cinta Lestari itu antara individu terawal yang dia kenali ketika mula berjinak dalam industri hiburan. Mereka berdua pernah bergandingan dalam iklan komersial sekitar tahun 2004 sewaktu Zul baru sahaja ingin memulakan kariernya.

zul ariffin ashraf sinclair

zul ariffin ashraf sinclair

Menerusi Insta Story miliknya, Zul sempat memuat naik beberapa foto ketika dia dalam perjalanan ke Jakarta sebelum tiba di tanah perkuburan San Diego Hills, Jawa Barat.

Zul tidak sempat menatap wajah Ashraf buat kali terakhir, dia hanya dapat mengunjungi pusara arwah dan dilihat menabur bunga di pusara berkenaan.

zul ariffin ashraf sinclair

Kali terakhir mereka bergandingan bersama adalah menerusi filem J Retribusi iaitu sekuel kepada filem J Revolusi yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini.

Sumber Berita : Astro Gempak

February 19th, 2020

Pemergian Ashraf Sinclair, telah memberi satu tamparan hebat buat isterinya, Bunga Citra Lestari atau BCL yang masih terkejut dan tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan sedih kehilangan suami tercinta dalam sekelip mata, pergi buat selama-lamanya.

bunga citra lestari

Kepiluan terasa begitu perit di dalam hati dan tiada apa yang dapat diungkapkan oleh BCL selain ucapan terima kasih kepada pihak media yang menunggunya.

Meskipun dalam keadaan berduka, BCL sempat memohon agar para peminat serta kenalan, sudi menyampaikan doa buat arwah suaminya.

bunga citra lestari

Saya tidak boleh banyak berbicara, saya masih terkejut, segala-galanya begitu cepat. Saya juga belum tidur. Saya berdepan dengan kehilangan secara mengejut. Saya masih berusaha menerima pemergiannya. Terima kasih kerana datang.

Mudah-mudahan Ashraf dapat banyak doa daripada rakan-rakan yang hadir. Terima kasih melaporkan berita yang baik mengenai saya dan arwah selama ini.

ashraf sinclair meninggal dunia

Doakan untuk arwah dan Noah, itu sahaja yang mampu saya ungkapkan hari ini. Saya harap keadaan akan bertambah baik tidak lama lagi.

BCL kehilangan suaminya pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung. Pemergian Ashraf sangat mengejutkan kerana Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 41 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod penyakit kronik.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto :  Jawa Pos & Kapan Lagi

February 19th, 2020

Momen paling meruntun jiwa dan terasa begitu sebak saat melihat anak lelaki tunggal Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Noah Sinclair menangis teresak-esak di pusara bapanya.

ashraf sinclair

Noah yang pada mulanya hanya diam, dilihat tiba-tiba menangis dan tidak dapat membendung lagi kesedihan tatkala melihat arwah bapanya disemadikan.

Lebih memilukan, Bunga Citra Lestari yang jiwanya sedang rapuh dan air mata tidak henti mengalir tetap menguatkan dirinya mencuba untuk menenangkan anaknya itu.

tangisan noah sinclair

Noah menangis teresak-esak lihat jenazah bapa disemadikan

View this post on Instagram

Semoga BCL & Noah kuat, tabah dan redha dengan pemergian Ashraf..

A post shared by BeautifulNara.com (@beautifulnaradotcom) on

Hancur hati, netizen turut rasa sebak

ashraf sinclair anak ashraf sinclair menangis noah sinclair menangis noah sinclair menangis

Rata-rata netizen turut berduka dan sebak melihat anak kecil itu terpaksa menerima hakikat kehilangan bapa tercinta sekelip mata. Umum mengetahui dia begitu rapat dengan arwah bapanya itu dan tidak dapat membayangkan kehidupan yang bakal dijalani Noah tanpa seorang bapa di sisi.

tangisan noah sinclair

Terdahulu, Ashraf disahkan meninggal pada jam 4.51 pagi Selasa akibat serangan jantung. Jenazah pelakon itu selamat dikebumikan selepas Asar di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Kredit Foto : Kompas & Kapan Lagi