May 24th, 2020

Penyanyi dan juga penulis lirik Ziana Zain kini ditimpa kontroversi apabila beliau dituduh menghasut anak-anak mereka supaya tidak bertemu dengan bapa mereka Armin Zaharin Ahmad Zambri.

ziana zain dan anak-anak

Kecewa dengan dakwaan itu, Ziana juga telah menafikan tuduhan ini sama sekali.

Saya terdengar cakap orang mendakwa saya tidak membenarkan anak-anak bertemu dengan bekas suami. Itu tidak benar sama sekali

Tambah Ziana lagi, beliau tidak pernah sesekali menghasut keempat-empat anak-anak mereka untuk bertemu bapa kandung mereka, tetapi mereka yang belum bersedia.

Perceraian berlaku hanyalah antara saya dan dia, anak tidak seharusnya menerima hukuman atas apa yang terjadi antara kami.

Ziana juga sering bertanya kepada anak-anak ingin bertemu dengan bapa kandung mereka, beliau akan izinkan. Konflik rumah tangga Ziana Zain dan Armin Zaharin mula bergolak pada bulan Mac 2018, kira-kira dua tahun lepas apabila Ziana membuat laporan polis atas dakwaan Armin mendera anak lelaki mereka.

Tambahan pula, walaupun sudah dua tahun bercerai, Ziana masih berasa sedih apabila mengenangkan nasib anak-anak yang perlu menersukan hidup tanpa kehadiran seorang ayah di sisi. Iyerlah, anak-anak mana tak sedih kan kalau bapa tiada di sisi.

ziana dan bekas suami

Bekas pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, Muhammad Amar, Muhammad Aiman dan pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh. Semoga segala kemelut bekas pasangan ini akan selesai dalam masa yang terdekat.

Bulan Syawal ni, seelok-eloknya semua berbaik demi kebaikan anak-anak.

Sumber : BH Online

Advertisement
March 8th, 2018

Tidak ada ahli keluarga dan rakan yang mengemukakan wang jaminan berjumlah RM 5,000 sebelum ini menyebabkan suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri merengkok dalam penjara selama beberapa hari.

Namun dalam satu laporan terbaru, Berita Harian Online melaporkan Armin telah dibebaskan setelah adiknya membayar wang jaminan.

Pagi tadi, Armin dibawa ke mahkamah kerana pihak pendakwaan meminda pertuduhan, kali ini hukuman yang dikenakan adalah lebih serius sekiranya didapati bersalah.

Terdahulu, mStar Online melaporkan setakat jam 1.00 petang tiada siapa tampil untuk menjamin Armin keluar penjara dengan bayaran RM 5,000.

Astro Awani melaporkan, peguam Muhammad Zufar Elias yang mewakili Armin Zaharin berkata jumlah ikat jamin RM5,000 yang ditetapkan mahkamah sebelum ini memadai memandangkan anak guamnya bekerja sendiri dan hanya memperoleh pendapatan berdasarkan komisen yang diterima.

Anak guam saya juga mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan tidak sihat, selain ini merupakan kesalahan pertamanya.

Armin didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya yang berusia sembilan tahun dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam jam, pada 24 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, bekas ketua pramugara itu  boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Advertisement