Adik Jamin Suami Ziana Zain, Armin Zaharin Keluar Penjara

Hiburan

Adik Jamin Suami Ziana Zain, Armin Zaharin Keluar Penjara

Tidak ada ahli keluarga dan rakan yang mengemukakan wang jaminan berjumlah RM 5,000 sebelum ini menyebabkan suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri merengkok dalam penjara selama beberapa hari.

Advertisement

Namun dalam satu laporan terbaru, Berita Harian Online melaporkan Armin telah dibebaskan setelah adiknya membayar wang jaminan.

Pagi tadi, Armin dibawa ke mahkamah kerana pihak pendakwaan meminda pertuduhan, kali ini hukuman yang dikenakan adalah lebih serius sekiranya didapati bersalah.

Terdahulu, mStar Online melaporkan setakat jam 1.00 petang tiada siapa tampil untuk menjamin Armin keluar penjara dengan bayaran RM 5,000.

Astro Awani melaporkan, peguam Muhammad Zufar Elias yang mewakili Armin Zaharin berkata jumlah ikat jamin RM5,000 yang ditetapkan mahkamah sebelum ini memadai memandangkan anak guamnya bekerja sendiri dan hanya memperoleh pendapatan berdasarkan komisen yang diterima.

Anak guam saya juga mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan tidak sihat, selain ini merupakan kesalahan pertamanya.

Armin didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya yang berusia sembilan tahun dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam jam, pada 24 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, bekas ketua pramugara itu  boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...