September 4th, 2019

Berat sungguh ujian yang menimpa Pelakon veteran AR Badul dan keluarga apabila anak lelakinya, Mejar Mohd Zahir Armaya seorang pegawai komando dari 11 Grup Gerak Khas (11 GGK) meninggal dunia hari ini, selepas dikatakan terkena tembakan semasa demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah, awal pagi tadi.

anak ar badul

Difahamkan, mangsa memakai baju putih, bertopeng dan beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera.

Allahyarham dikatakan melepaskan tembakan kepada rakannya dalam demonstrasi itu dan ia terkena pada baju kalis peluru yang dipakai pegawai tersebut. Malangnya, ketika tembakan balas dilepaskan, ia dikatakan telah tersasar dan terkena di badan Allahyarham menyebabkan dia rebah.

anak ar badul meninggal dunia

Menerusi portal Harian Metro, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie memberitahu, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu sekitar jam 11 pagi.

Saya redha dan terima ujian Allah ini. Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan.

anak ar badul mati ditembak

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber Berita : mStar Online & Harian Metro

Kredit Foto : Bernama

January 26th, 2016

Amran Aman Ramli kini terlantar sakit di rumahnya di Senawang kerana serangan strok tahun lepas. Namun sejak terlantar pada November, dua adik beradiknya iaitu AR BAdul dan Adlin Aman Ramli tidak pernah menghubunginya apatah lagi menziarahi.
 Lapor Harian Metro, Amran mendakwa kesemua adik beradik yang lain menziarahinya tetapi tidak mereka berdua.

Apa salah saya sehingga mereka tidak langsung pedulikan saya. Jika tidak sempat untuk datang pun, tetap boleh hubungi saya, tetapi sehingga hari ini (semalam) mereka tidak langsung bertanya khabar.

Kalau saya pernah buat salah saya minta maaf. Saya tidak mahu nanti kalau saya mati bagaimana mahu minta maaf lagi.

Setakat ini hanya beberapa rakan artis termasuk presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave dan wakil Seniman datang melawatnya.

Amran memberitahu serangan strok itu menyebabkan dia tidak lagi dapat berniaga di kedai makan untuk menyara keluarga. DIa kini bergantung hidup kepada isteri dan empat anaknya, malah seorang anak lelakinya yang berusia 22 tahun terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya.

Sebelum itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia kurang mendapat tawaran berlakon dan berniaga kedai makan di Taman Melawati, Kuala Lumpur untuk menyara keluarga.

Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang menyebabkan mereka tidak menziarahi Amran tetapi sekiranya ada sebab tertentu yang menyebabkannya berlaku,mari kita doakan ia dapat diatasi segera. Walaupun berlainan ibu, mereka dikira saudara kandung juga kerana mempunyai bapa yang sama.

Antara lakonan Amran Tompel yang paling diingati ialah sebagai tukang kebun dalam filem 80-an, Keluarga 99.

May 12th, 2014

Pemergian Datuk Aziz Sattar sememangnya meninggalkan satu kesan yang cukup mendalam kepada industri hiburan tanah air lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar pelawak. Namun begitu, ketika majlis pengkebumian beliau, tidak kelihatan pelawak-pelawak muda yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Perkara ini nyata mengecewakan AR Badul yang meluahkan rasa marah dan terkilan dengan sikap para pelawak generasi baharu ini.

ar badul kecewa

Secara jujur, memang wajar untuk AR Badul meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi dengan status Allahyarham Aziz Sattar sebagai pelawak lagenda yang banyak memberi tunjuk ajar kepada pelawak-pelawak muda. Kata AR Badul:-

Jangan beri alasan rakaman dan sebagainya, pihak penerbit juga patut berikan perlepasan kerana kita kena ingat yang meninggal ini seorang legenda seni yang banyak berjasa.

Pelawak generasi muda seolah-olah tidak hormat kepada arwah walaupun sebelum ini pernah menggunakan dialog jenaka yang dipopularkan Allahyarham dalam pertunjukan masing-masing.

Kehadiran artis lama dan pelbagai lapisan generasi juga akan dilihat sebagai lambang kesatuan mereka. Ramai artis lebih senior dan orang kenamaan juga hadir tetapi mereka (pelawak muda) tidak ambil kisah.

ar badul kecewa

Kalau tak silap Abang Nara, minggu lepas ada terbaca yang pelawak-pelawak muda ini seperti Zizan Razak, Shahroll Shiro dan ramai lagi tidak dapat hadir kerana kekangan jadual penggambaran. Kalau pihak produksi tak bagi perlepasan, memang sukar untuk mereka mencuri sedikit masa untuk menziarahi Allahyarham. Tak apalah. Semoga di masa hadapan, kesemua pihak lebih sensitif dan bertimbang rasa lebih-lebih lagi kalau melibatkan pemergian seorang legenda seni tanah air. Apa pun, sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Datuk Aziz Sattar.

P.S: Proton Preve dan Suprima S dapat 5 bintang NCAP