“Arwah Suami Dah Muflis, Tiada Apa Yang Nak Dituntut..” Balu Dedah Perkara Sebenar, Sekat AR Badul Kerana Didesak Mengenai Harta Peninggalan

Hiburan

“Arwah Suami Dah Muflis, Tiada Apa Yang Nak Dituntut..” Balu Dedah Perkara Sebenar, Sekat AR Badul Kerana Didesak Mengenai Harta Peninggalan

Jika sebelum ini pelakon AR Badul ada meluahkan rasa kecewa kerana merasakan dirinya dinafikan hak sebagai bapa dalam urusan tuntutan harta peninggalan arwah anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia pada bulan September tahun lalu akibat terkena tembakan ketika melakukan aksi demonstrasi pelancaran Divisyen Kelima dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Susulan daripada itu, balu kepada Mejar Mohd Zahir tampil menjelaskan perkara sebenar selepas bapa mentuanya itu (AR Badul) mula membuka cerita mengenai tuntutan hak serta pembahagian harta.

Advertisement

Nour Shafinar Harun,31, berkata bahawa arwah suaminya itu sebenarnya tidak meninggalkan sebarang harta kepada mereka anak-beranak.

Mengakui tidak mahu membuka aib siapa-siapa berikutan isu ini, Nour terpaksa menceritakan hal sebenar kerana pihak sebelah sana (AR Badul) yang tampil berkongsi dahulu mengenai isu sensitif itu.

“Sebenarnya saya tak nak komen banyak dan kalau boleh saya taknak buka aib sesiapa pun termasuk arwah suami saya tapi saya terpaksa jelaskan perkara ini sebab pihak sana yang berkongsi dahulu. Netizen pun dah mula buat spekulasi yang tidak baik. Sejujurnya arwah suami saya sudah diisytihar muflis sejak perkahwinan pertamanya. “

Tambah Nour lagi, ketika dia berkahwin dengan arwah suami, Mejar Mohd Zahir tidak mempunyai apa-apa harta jadi baginya tiada apa yang hendak dituntut lagi sementelah pemergian suami tercinta.

Dalam pada itu, Nour juga memberitahu bahawa dia sudah menerima insuran kelompak dan telah membuat pembahagian mengikut jumlah caruman yang difaraidkan iaitu lebih RM5,00 kepada ibu mentua yang berada di Sabah dan ibu angkat arwah di Setapak.

Dia turut memberi bahagian tersebut kepada anak-anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham dengan cara menyimpan duit untuk masa depan namun mengakui tidak mempunyai kesempatan waktu untuk diberikan kepada AR Badul.

“Memang sudah ada terima insuran kelompok tapi selepas saya merujuk kepada mahkamah dan bertanyakan kepada peguam, pengiraan jumlah caruman yang perlu difaraidkan hanya dalam Rm5,000 lebih. Atas dasar perikemanusiaan, saya beri lebih daripada sepatutnya. Cuma bahagian baba (AR Badul saya masih belum ada kesempatan untuk beri memandangkan kami tidak lagi berhubung. Kali terakhir bertemu masa majlis pengkebumian arwah dan tak pernah bertemu lagi sehingga kini.”

Nour walau bagaimanapun mengaku terpaksa menyekat nombor telefon AR Badul dan adik kepada arwah suaminya kerana terlalu menekan dan mendesak kepadanya berhubung dengan isu harta.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir,36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas telah meninggalkan seorang balu iaitu Nour Shafinar Harun,32 dan lima orang anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulu arwah.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...