March 11th, 2019

Semakin berseri dan cantik Nelydia Senrose yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Selepas mengadakan majlis ‘bridal shower’ yang dihimpit kontroversi kerana didakwa mengikut budaya barat, pelakon itu sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila teman-teman rapatnya pula mengadakan ‘bachelorette party’ bertemakan baju tidur hujung minggu lalu.

Majlis itu merupakan kejutan istimewa buat Nelydia, lebih meriah lagi tetamu yang hadir turut menghiburkannya dengan tarian khas.

Wah, memang meriah betul parti bujang Nelydia, nampak betapa seronoknya beliau dapat bergembira dan mencipta kenangan indah bersama orang tersayang sebelum menantik detik bergelar isteri. Semoga perancangan pernikahan beliau berjalan dengan lancar.

March 1st, 2019

Bukan sahaja merupakan rakan baik kepada Bella Astillah, tetapi Aprena Menrose juga adik kepada wanita yang dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Aliff Aziz iaitu Oktovia Manrose mengakui merasa serba salah berhubung kemelut yang berlaku melibatkan kakaknya itu.

Kata Aprena, beliau sepatutnya tidak masuk campur dalam urusan tersebut dan tidak wujud istilah beliau mempertahankan apa yang dilakukan oleh Oktovia. Padanya, yang salah tetap salah dan sebagai seorang wanita beliau cukup memahami apa yang Bella sedang lalui.

Terlalu sayangkan Bella dan Oktovia, Aprena berharap kedua-duanya dapat bersemuka dan menyelesaikan segala isu dengan baik. Pada masa yang sama, beliau berharap Aliff jadilah seorang lelaki yang budiman dan memikul tanggungjawab atas apa yang berlaku.

Apa yang dikatakan oleh Aprena itu ada betulnya, lebih baik untuk mereka bertiga yang terlibat dalam kontroversi ini bertemu secara peribadi dan meleraikan segala kekusutan daripada terus berbalas kenyataan di media sosial.