Berbuka Puasa Bersama Keluarga, Kamal Adli Sudah Kembali Pulih?

Hiburan

Berbuka Puasa Bersama Keluarga, Kamal Adli Sudah Kembali Pulih?

Selepas lama menghilangkan diri susulan insiden ngeri yang dialami, pelakon, Kamal Adli dilihat semakin pulih dari kecederaan yang hampir meragut nyawanya itu.

Menerusi perkongsian ahli keluarga isterinya, Uqasha Senrose iaitu Aprena Manrose, pelakon berusia 36 tahun itu turut menghadiri majlis berbuka puasa bersama keluarga mereka.

Advertisement

Video yang dimuat naik melalui Instagram Story itu memperlihatkan Kamal yang tersenyum riang sambil menikmati juadah berbuka puasa disamping isterinya.

Kemunculan semula pelakon Abang Long Fadil itu di media sosial sedikit sebanyak mengubati rindu peminat terhadap dirinya.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut meluahkan rasa lega melihat perkembangan terkini kesihatan Kamal yang semakin pulih seperti sedia kala.

Sebelum ini, Uqasha memaklumkan suaminya telah dipukul oleh seorang individu lelaki tidak kenali menggunakan cota besi sehingga mengalami pendarahan teruk di bahagian belakang kepala.

Malah, Kamal turut terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura selain mengambil ubat tahan sakit akibat nanah dan lebam yang timbul di bahagian badan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Dikecam Isu 'Work-Life-Balance', Amelia Henderson 'Backup' Janna Nick - "Dia Tak Gelakkan Sesiapa"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...