December 31st, 2013

Ah. Seronoknya melihat gambar-gambar sekitar majlis cukur jambul dan aqiqah anak sulung Yasmin Hani ini. Teringat kenangan Abang Nara ketika mengadakan majlis yang sama untuk anak tercinta. Inilah peluang untuk memperkenalkan anak kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Sambil-sambil makan boleh berborak dengan mereka yang sudah lama tidak berjumpa.

akikah anak yasmin hani

Noah, anak Yasmin Hani nampak sangat comel di samping ibu dan ayahnya. Abang Nara suka dengan hiasan bertemakan warna biru yang digunakan. Simple tetapi cukup menarik. Tak sabar rasanya nak buat majlis akikah untuk anak kedua Abang Nara nanti. Insya Allah.

akikah anak yasmin hani

Semoga Noah membesar dengan sihat, ceria dan menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya. Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis akikah dan cukur jambul Noah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Plat nombor G1M masih ditawarkan

akikah anak yasmin hani
akikah anak yasmin hani
akikah anak yasmin hani
akikah anak yasmin hani
akikah anak yasmin hani
akikah anak yasmin hani

Advertisement
November 26th, 2013

Akhirnya setelah merahsiakan wajah dan nama anak sulungnya, Yasmin Hani menerusi akaun Instagramnya telah pun berkongsi maklumat mengenai cahaya matanya itu. Diberi nama Noah Ismail Wong, sekali pandang wajah si comel ini tak tumpah seperti Yasmin Hani. Besar nanti confirm kacak bergaya!!!

noah ismail wong

Semoga Noah Ismail Wong membesar dengan sihat dan menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara apabila dewasa kelak. Kepada Yasmin dan suami, selamat menjadi ayah dan ibu. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Honda City 2014 bakal tiba tidak lama lagi

Advertisement
November 14th, 2013

Inilah namanya rezeki anak. Memang benarlah kata-kata bahawa anak itu pembawa rezeki. Kalau sebelum ini Diana Danielle dan Farid Kamil telah mengikat kontrak bersama Astro untuk pendedahan ekslusif anak mereka, Yasmin Hani dan suami turut sama berbuat perkara yang serupa.
anak yasmin haniPendedahan ekslusif mengenai nama, gambar dan butiran lanjut anak sulung lelaki Yasmin Hani akan ditayangkan menerusi program Celebrity Maternity tidak lama lagi. Oleh kerana itu, buat masa ini sebarang perkongsian tidak boleh dilakukan olehnya kerana takut melanggar kontrak. Kata Yasmin:-

Kami memang sudah ada nama pilihan namun tak dapat didedahkan dulu berikutan kontrak berkenaan sudah diikat. Saya minta maaf tak dapat nak kongsi nama, gambar atau butiran lanjut bayi itu kerana semuanya akan didedahkan secara eksklusif dalam program berjudul Celebrity Maternity di Astro nanti.

anak yasmin hani
Namun begitu, Yasmin Hani telah berkongsi keterujaan dan kegembiraannya setelah bergelar ibu. Kata Yasmin kepada Harian Metro:-

Saya tak tahu bagaimana nak ungkapkan secara terperinci perasaan ini selepas dua hari bergelar ibu. Selain seronok dan bersyukur dengan kelahiran ini, yang pasti sekarang saya menjadi taksub pada anak ini.

Alhamdulillah anak saya lahir ‘ngam-ngam’ dalam tempoh 40 minggu. Memang tarikh 12 November itu tepat seperti jangkaan. Semuanya OK, bayi sihat dan cukup sifat. Malah saya juga tak sabar balik ke rumah untuk jalani proses berpantang secara tradisional dengan pantauan emak.

Pasti hari-hari yang mendatang akan lebih menggembirakan dan mengujakan buat Yasmin Hani apabila melihat anak membesar di depan mata. Semoga si comel milik anda akan membesar dengan sihat sejahtera. Tak sabar rasanya nak melihat kecomelan wajah anak Yasmin Hani menerusi program Astro. Harap Yasmin akan sudi berkongsi tarikh tayangannya kelak.
anak yasmin hani

P.S: Kulit semakin putih dan yg paling penting DILINDUNGI . Supplemen yang memutihkan kulit sahaja tak ada makna dan fungsi kalau tak pakai sunblock . Akhirnya kulit gelap semula. Namun Skinworks Rejunevasi lengkap dengan sunblock you all . Semuanya ada! Tak perlu pakai sunblock . Kulit makin putih dan dilindungi! PM kami di Facebook Cantik Nara atau Whatsapp ke 014-979-2386 untuk tempahan dan butiran lanjut.

Advertisement
November 13th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan buat Yasmin Hani dan suami yang telah menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada 12 November 2013. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Yasmin sendiri menerusi akaun Instagramnya. Abang Nara pasti Yasmin dan suami kini teruja bergelar ayah dan ibu kepada anak lelaki mereka.

anak yasmin hani

Comel kan gambar yang dikongsikan oleh Yasmin Hani ini? Caption di bawah turut serta ditulis beserta gambar ini:-

Alhamdullilah, After nine months of construction, our little project is complete.. On the morning of the 12th of November 2013, we welcome with great joy into our home and into our hearts our little baby boy. #haniandshaarin #babyN #yasminhani #shaarin #lilangel #baby #newborn

anak yasmin hani

Semoga si anak dan si ibu akan berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Jutaan tahniah diucapkan buat mereka berdua. Selamat datang ke alam ibu dan bapa.

P.S: Harga Toyota Corolla Altis dijangka bermula pada RM115,000

Advertisement