November 12th, 2019

Walaupun sudah lama membawa haluan masing-masing, pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai masih lagi mengekalkan hubungan baik demi anak-anak mereka.

fasha sandha

Baru-baru ini, Fasha dan Jejai meraikan sambutan ulang tahun kelahiran anak perempuan mereka, Putri Raysha Jemyma yang genap berusia lima tahun. Memang meriah betul.

Berkongsi momen sekitar majlis tersebut, ada satu foto memaparkan Jejai mencium mulut anak perempuannya mendapat kecaman dari netizen.

jejai cium mulut anak perempuanjejai cium mulut anak perempuan

Rata-rata netizen menegur perbuatan itu agak tidak manis kerana ia seolah-olah mengikut budaya barat. Tidak salah untuk menunjukkan kasih sayang terhadap anak, tetapi haruslah menjaga batas.

jejaijejai cium mulut anakfasha sandhafahsa sandhaMungkin benar apa yang dikatakan netizen, kena harus menjaga batas pergaulan dengan anak perempuan agar tidak mengundang fitnah.  Apa-apa pun, kami harap keharmonian dan hubungan baik antara Jejai dan Fasha akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

Advertisement
March 28th, 2018

Walaupun sudah lama membawa haluan masing-masing, pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai masih lagi mengekalkan hubungan baik demi anak-anak mereka.

Terbaru, Fasha menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto ketika anak perempuannya yang cukup gembira dapat bertemu dengan ayahnya. Walaubagaimanapun, foto tersebut mengundang kritikan netizen apabila Jejai mencium bibir anaknya itu.

Ada yang berpendapat perkara itu adalah haram dan khuatir perkara itu seakan menggalakkan sumbang mahram berlaku. Eh, sampai begitu sekali pemikiran para netizen.

Pada pendapat kami, Fasha hanya ingin berkongsi momen indah dan kasih sayang seorang bapa dengan anaknya. Fikirlah positif dan jangan memberikan komen-komen tentang sesuatu perkara yang tidak elok. Apa-apa pun, kami harap keharmonian dan hubungan baik ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

Advertisement
November 10th, 2014

Tomei, tomei, tomei. Tahun ini kebanyakan selebriti tempatan yang melahirkan anak telah dikurniakan dengan rezeki ‘baby girl’. Tentu mereka semua amat teruja kerana ‘baby girl’ ini lain macam sikit baju-baju dan perhiasan yang boleh dikenakan. Sebagai contoh, anak Abang Nara yang perempuan tue mesti ada ‘headband’ pergi ke mana-mana. Comel tak ingat. Pasti Fasha Sandha pun tak sabar nak menghias puterinya, Putri Raysha Jemaima kelak.

fasha sandha dan putri raysha

Fasha Sandha telah pun dibenarkan pulang ke rumah selepas melahirkan Putri Raysha di Prince Court Medical Centre. Oleh kerana Putri Raysha tak kena demam kuning, maka lebih cepatlah keluar. Nak kena ambil tips daripada Fasha nie sebab anak Abang Nara dua-dua kena kuning. Mungkin ada amalan pemakanan yang dilakukan oleh Fasha.

fasha sandha dan putri raysha

Apa pun menarik juga membaca nukilan Fasha mengenai anak sulung, Rayfal yang kelihatan cemburu dengan kehadiran Putri Raysha. Itu perkara biasa sebenarnya. Nanti lama-lama mesti jadi best friend. Semoga Putri Raysha membesar dengan sihat. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

P.S: Mercedes Benz-GLA dilancarkan. Harga bermula RM238k.

fasha sandha dan putri raysha
fasha sandha dan putri raysha
fasha sandha dan putri raysha
fasha sandha dan putri raysha
fasha sandha dan putri raysha

Advertisement