Written by AbangNara | August 14th, 2014

Wow. Pantas. Murah sungguh rezeki Nurul Wahab yang telah pun disahkan hamil anak kedua bersama suaminya Eric Depp. Rasanya baru tahun lepas Nurul melahirkan anak sulung hasil perkongsian hidup dengan Eric. Inilah dinamakan rezeki jangan ditolak. Lagipun umur Nurul sudah mencecah 37 tahun. Kenalah cepat-cepat beranak sebab makin berusia makin tinggi risiko.

nurul wahab hamil anak kedua

Kini kandungan Nurul Wahab sudah pun mencecah 3 bulan. Kehamilannya kali ini dirahsiakan buat 3 bulan pertama seperti yang biasa dilakukan oleh orang lain. Kata Nurul:-

Walaupun anak kedua, saya mengikut pantang larang orang lama. Doktor juga berpesan, tunggu sampai tiga bulan baru umumkan berita kehamilan ini. Saya bimbang juga kalau heboh perkara ini (kehamilan) terlalu awal, diri sendiri yang malu jika berita itu tidak betul. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada peringkat awal kehamilan, jadi lebih baik saya rahsiakan terlebih dahulu.

Ini kehamilan ketiga saya dan kedua bersama Eric. Saya memang cukup gembira, begitu juga dengan Eric. Rasa tidak percaya diberikan rezeki secepat ini dan saya bersyukur sangat kerana saya memang sukakan keluarga yang besar. Kalau boleh, kami inginkan anak perempuan pula tetapi semuanya terpulang kepada ketentuan Allah. Pada masa yang sama, saya dapat merasai pengalaman arwah ibu yang pernah hamil setiap tahun.

anak nurul wahab

Semoga kehamilan kali ini turut dipermudahkan sehingga kelahiran kelak. Tahniah buat Nurul dan Eric atas berita gembira. Semoga dengan kehadiran ahli baru kelak akan memeriahkan dan mengeratkan lagi hubungan mereka. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Patung realistik wanita Jepun dapat sambutan

Written by AbangNara | January 2nd, 2014

Comelnya. Besar sungguh mata anak Nurul Wahab yang diberi nama Zachary Depp ini. Abang Nara suka nama tersebut. Menerusi laman blognya, Nurul memberitahu antara makna Zachary ialah amanah dan religious. Semoga Zachary membesar dan menjadi seperti apa yang dimaksudkan oleh namanya.
zachary depp

Abang Nara tersenyum simpul apabila membaca kisah di sebalik Zachary ini. Kelakar pun ada jugak. Tulis Nurul di blognya:-

Adalah sorang mamat ni. Senior aku. Bukan main putih dan handsome orangnya. Pendiam tapi rock! Aku suka melihatnya. Crush aku masa tu lah… Hehehe.. (Jangan bagitahu Eric okay.. Dia tak tahu! Hahhaha) Jadi, masa tu terus suka dengan nama Zachary. Tak sangka pula boleh ingat nama tu masa aku mengandungkan Baby Z. Aku simpan niat nak namakan anak kedua aku ni dengan nama tu andainya lelaki. Sekali, memang dah rezeki aku nak dapat baby boy.

zachary depp

Comel bukan? Hehehe. Lagi beberapa keping gambar Zachary Depp dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Anda juga boleh ke laman blog Nurul Wahab untuk membaca tulisannya.

P.S: Spyshot model terbaru Proton, Global Small Car