October 17th, 2014

Pejam celik pejam celik dah besar dah anak sulung Liyana Jasmay yang bernama Sofia Arissa ini. Makin lama makin comel. Menariknya, Sofia Arissa kecik-kecik lagi sudah dibawa ke London oleh ibu dan ayahnya untuk bercuti. Memang seronok. Sekali sekala meluangkan masa bersama keluarga tercinta bercuti pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahhim. Ada rezeki Sofia Arissa boleh dapat adik nanti. Hehehe.

sofia arissa

Berdasarkan pengalaman Abang Nara, bawa anak jalan-jalan ke luar negara masa kecil sebegini adalah lebih mudah. Iyerlah kalau dah 2 tahun dah boleh berjalan. Tengah syok-syok shopping tiba-tiba anak dah hilang entah ke mana. Kecik-kecik macam ini senang sikit nak jaga. Cuma penat sikit nak dukung. Namun itulah tugas seorang ayah. Dukung anak ketika si ibu sedang tengok barangan yang ingin dibeli. Hehehe.

sofia arissa

Apa pun semoga Liyana Jasmay sekeluarga menikmati percutian yang seronok di London. Pastikan kesihatan terjaga lebih-lebih kesihatan Sofia Arissa. Kalau nampak macam nak demam ke pastikan beri ‘extra care’. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Denda dan penjara jika tak solat Jumaat 3 kali di Kelantan

sofia arissa

sofia arissa

sofia arissa
sofia arissa

sofia arissa

May 18th, 2014

Alololo. Comelnya puteri sulung Liyana Jasmay dan Fathuddin yang diberi nama Sofia Arissa. Nama pun sangat sedap bunyinya dan pasti membawa makna yang amat baik. Nama “Arissa” pun salah satu shortlist untuk anak kedua Abang Nara yang dijangka lahir tak lama lagi. Kalau tak silap, maksudnya ialah bijak.

sofia arissa liyana jasmay

Semestinya Liyana Jasmay dan Fathuddin sedang seronok menghabiskan masa menjaga Sofia Arissa. Semoga si puteri membesar dengan sihat dan tanpa sebarang masalah. Sama-samalah kita doakan. Diharap Liyana Jasmay dapat berkongsi lebih banyak gambar anaknya selepas ini untuk tatapan para peminat.

P.S: Kafe kucing pertama di New York

May 13th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan buat Liyana Jasmay dan suami, Fathuddin Mazlan yang telah selamat menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka yang pertama semalam. Bayi perempuan itu telah dilahirkan di Prince Court Medical Centre kira-kira jam 7.40 malam secara normal. Bayi dan ibu kedua-duanya berada di dalam keadaan baik.

liyana jasmay

Pastinya kehadiran si puteri ini akan menceriakan dan memeriahkan lagi kehidupan Liyana Jasmay dan suami. Selamat datang ke alam ibu bapa. Semoga sang puteri membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah. Tahniah sekali lagi.

October 23rd, 2013

Abang Nara sokong apa yang dilakukan oleh Liyana Jasmay. Orang tua-tua pun kata kalau nak berkongsi berita mengenai kehamilan, lebih baik dilakukan selepas habis trimester pertama. Kiranya dah 3 bulan ke atas barulah bercerita kepada orang sekeliling. Mungkin kerana 3 bulan pertama adalah fasa kritikal dan mudah berlaku keguguran dalam tempoh itu.

liyana jasmay hamil

Apa pun Abang Nara nak ucapkan tahniah buat Liyana Jasmay kerana telah pun disahkan hamil 2 bulan. Liyana kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah kerana sering berasa penat dan alahan. Kata Liyana Jasmay kepada MalaysianDigest:-

Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya saya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini. Menerusi perbincangan yang dilakukan bersama-sama ibu dan ibu mertua saya, mereka menasihati saya supaya memberitahu kepada umum setelah usia kandungan mencapai tiga bulan. Jadi, saya tidak tahu macam mana orang lain boleh dapat tahu dahulu

liyana jasmay mengandung

Semoga segalanya berjalan lancar buat Liyana Jasmay dan suami tercinta. Banyakkan berehat. Jangan kerja keras. Banyak makan makanan berkhasiat untuk kebaikan bayi yang dikandung. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Liyana Jasmay kerana bakal bergelar ibu tidak lama lagi.