April 23rd, 2017

Tahniah diucapkan buat Yusry KRU dan Lisa Surihani atas kehadiran cahaya mata kedua mereka ini. Lisa Surihani telah selamat melahirkan anak lelaki di Pusat Perubatan Pantai di sini, jam 7.10 pagi tadi. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Yusry sendiri menerusi akaun Instagramnya.

lisa surihani

Pastinya kehadiran anak kedua ini akan melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga Yusry dan Lisa. Semoga bayi ini akan membesar dengan sihat. Tahniah Lisa dan Yusry.

September 22nd, 2016

Pejam celik celik, Yahaira Leanne, anak kepada pasangan suami isteri Yusry dan Lisa Surihani sudah pun berusia 1 tahun. Pantas sungguh masa berlalu. Baru-baru ini bersempena hari jadi Yahaira, satu sambutan telah diadakan oleh pasangan suami isteri ini. Kali ini Lisa dan Yusry telah sudi berkongsi beberapa keping gambar puteri kesayangan mereka untuk tatapan para peminat. Memang tersangatlah comel Yahaira Leanne ini. Rasa nak cubit-cubit je kalau jumpa.

yahaira leanne

Bercakap kepada Kosmo, Lisa Surihani memaklumkan yang dia mengawal kuantiti gambar anaknya yang dimuatnaik ke laman sosial. Sebenarnya ini satu tindakan bagus. Kanak-kanak kalau over exposed pun tak berapa baik, lebih-lebih lagi anak selebriti. Namun setiap orang mempunyai pendapat dan cara membesarkan anak yang berbeza. Tak ada satu cara yang tepat dan betul. Yang penting selaku suami isteri, Lisa dan Yusry gembira dengan cara didikan mereka. Kata Lisa:-

Seperti yang saya katakan sebelum ini, adalah mustahil jika saya langsung tidak berkongsi gambar Yahaira di laman sosial. Saya tetap akan berkongsi tetapi ia tidaklah terlalu banyak dan bergantung pada situasi.

Kami cuba mengawal kuantiti gambar yang akan dikongsi dengan peminat. Pelik juga jika sambutan hari lahir Yahaira tetapi dia tiada dalam gambar, begitu juga dengan gambar keluarga ketika hari raya, sudah tentulah dia perlu ada dalam gambar tersebut. Berkenaan gambar yang dikongsi oleh tetamu dan peminat, saya dan Yusry juga sudah bersedia tentangnya.

Setakat ini, apabila kami keluar, memang ada peminat yang mahu bergambar. Saya dan Yusry bersetuju untuk bergambar tetapi tidak melibatkan Yahaira. Alhamdulillah semua peminat memahami. Mereka nampak teruja apabila dapat bermain dengan anak kami selama beberapa minit walaupun tidak boleh bergambar sama.

yahaira leanne

Selamat hari jadi diucapkan buat Yahaira Leanne. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah apabila dewasa kelak. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

yahaira leanne

yahaira leanne

yahaira leanne

yahaira leanne

yahaira leanne

August 24th, 2015

Bila melihat foto Lisa Surihani ketika majlis kejutan “baby shower” yang di rancang oleh Yusry jelas kelihatan Lisa merasa cukup teruja untuk menyambut kelahiran anak sulungnya kurang sebulan sahaja lagi.

Lisa menerusi akaun Instagram miliknya meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar dan cukup meriah dihadiri oleh beberapa rakan artis yang rapat dengannya. Semestinya, ia satu memori indah yang tidak dapat beliau lupakan sepanjang hayatnya.

Syukur Alhamdulillah, both the doa selamat menyambut kelahiran 15th August 2015 (with family) and the surprise gathering for us held on 23rd August 2015 (with close friends) ; meant so much to the both of us. Thank you each and everyone for making it very special for us and also for the lot of fond memories for us to keep and cherish for always.

Menjadi ibu buat pertama kali adalah saat penuh debaran dan pada masa yang sama penuh dengan rasa seronok kerana bakal menyambut cahaya mata sulung hasil cinta bersama suami tersayang. Semoga Lisa Surihani dan bayi yang bakal lahir nanti sihat .

August 24th, 2015

Keterujaan Lisa Surihani dan suami, Yusry KRU yang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak mereka yang pertama tidak lama lagi jelas terpancar di wajah mereka.

Selepas mengadakan satu majlis doa selamat  bagi mendoakan Lisa dipermudahkan melalui proses kelahiran nanti pada 15 Ogos lepas, semalam satu majlis “baby shower” telah diadakan oleh  Yusry sebagai satu “surprise” buat isterinya.

Antara rakan selebriti yang hadir pada majlis tersebut ialaha Diana Danielle, Farid Kamil, Liana Jasmay, Intan Ladyana serta Izara Aishah. Memang meriah sekali majlis tersebut dan berseri sungguh muka Lisa.

Semoga segala proses kelahiran nanti akan berjalan dengan lancar. Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis “baby showe” Lisa Surihani dan Yusry KRU dengan membaca artikel ini sepenuhnya.