August 24th, 2015

Bila melihat foto Lisa Surihani ketika majlis kejutan “baby shower” yang di rancang oleh Yusry jelas kelihatan Lisa merasa cukup teruja untuk menyambut kelahiran anak sulungnya kurang sebulan sahaja lagi.

Lisa menerusi akaun Instagram miliknya meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar dan cukup meriah dihadiri oleh beberapa rakan artis yang rapat dengannya. Semestinya, ia satu memori indah yang tidak dapat beliau lupakan sepanjang hayatnya.

Syukur Alhamdulillah, both the doa selamat menyambut kelahiran 15th August 2015 (with family) and the surprise gathering for us held on 23rd August 2015 (with close friends) ; meant so much to the both of us. Thank you each and everyone for making it very special for us and also for the lot of fond memories for us to keep and cherish for always.

Menjadi ibu buat pertama kali adalah saat penuh debaran dan pada masa yang sama penuh dengan rasa seronok kerana bakal menyambut cahaya mata sulung hasil cinta bersama suami tersayang. Semoga Lisa Surihani dan bayi yang bakal lahir nanti sihat .


Comments are closed.

Loading...