October 12th, 2015

Tanggal 10 Oktober iaitu hari Sabtu lepas merupakan tarikh ulangtahun pertama perkahwinan Erin Malek dan suaminya Farizz Fauzy.

Sudah setahun bergelar suami isteri, kebahagiaan mereka ditambah dengan kehadiran cahaya mata sulung iaitu Mohamed Faliq yang lahir pada 1 Oktober lepas.

Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka, Erin dan suaminya masing-masing memberi ucapan yang cukup manis melalui akau Instagram mereka.

Ucapan Erin:

10th Oct 2014, 4pm i was doing my make up for our akad nikah, but today 10th Oct 2015 we are at home with Faliq, waiting for him to wake up Syukur Alhamdulillah. Today marks our 1st anniversary Sayang. Thank you for being a good husband & papa to Faliq. Thank you for giving us so much love.

Thank you for making me feel secured and loved everyday of my life. Thank you for helping me taking care of Faliq InsyaAllah more years to come and we will be a good parents to our children and our love to each other never fade. Love you Sayang.

Ucapan Farriz pula buat isteri tercinta:

Since you became my wife. I wake up each morning with a smile. Knowing you will always be there for me through good and bad times. Thank you so much, for being such a Loving and Caring Wife. I hope you’ll be a good mother to our child, as i will be an awesome Dad to him Insyaallah. Semoga kita diberkati Allah swt hingga ke Jannah. Happy 1st year Anniversary Wifey!

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan Happy 1st Anniversary kepada Erin Malek dan Farriz Fauzy. Semoga dengan kehadiran Faliq ia menambahkan lagi kasih sayang anda berdua dan semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga akhir hayat. InshaAllah.

October 5th, 2015

Tanggal 1 Oktober lepas merupakan hari yang cukup bahagia buat pasangan Erin Malek dan Farriz Fauzy apabila menerima kehadiran cahaya mata mereka yang pertama iaitu Mohamed Faliq.

Walaubagaimanapun, umum mengetahui bahwa kembar kepada Faliq telah meninggal dunia ketika usia 16 minggu akibat lebihan air di dalam perut sehinggakan menyebabkan badannya membengkak.

Namun, pasangan berkenaan tetap merasa syukur kerana masih ada lagi harapan untuk bergelar ibu bapa selepas Faliq dilahirkan.

Buat pembaca BeautifulNara berikut kami sertakan beberapa lagi foto terkini Faliq dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

October 2nd, 2015

Tahniah diucapkan kepada Erin Malek dan suami yang telah pun selamat menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Erin Malek menerusi akaun Instagramnya. Bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz ini telah dilahirkan pada 1 Oktober 2015 kira-kira jam 9.27 pagi.

gambar anak erin malek

Walaupun sedang bergembira dengan kelahiran anak sulungnya, Erin Malek juga turut melahirkan rasa sedihnya. Seperti yang diketahui umum, Erin Malek disahkan mengandung anak kembar pada awal kehamilannya. Namun Erin Malek memaklumkan yang seorang lagi anaknya itu telah meninggal dunia di dalam kandungan ketika berusia 16 minggu akibat kandungan cecair yang berlebihan. Tulis Erin:-

Assalamualaikum. 1st October 2015, Thursday, 9.27am Alhamdulillah, it was a very memorable moment for me and Farriz. We would like to introduce and welcome our little prince, Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz to our beautiful family. Many might not know that my other baby twin to Faliq passed away at the age of 16th weeks during my pregnancy. His heart stopped beating due to excessive fluid in the tummy, causing his whole body to swollen. As the doctor adviced us that I still can carry my other baby through my 9 month pregnancy. I have mixed feeling when looking at Faliq because he reminds me of his other half. Farriz and I were really sad about this but we believe Allah have a better plan for us and both of our babies. We would like to extend our gratitude to our family members, friends and all the people for giving their full support and prayers. Thank you.

gambar anak erin malek

Insya Allah di masa hadapan akan ada rezeki buat Erin Malek dan suami untuk menimang cahaya mata kembar. Buat masa ini, kehadiran Mohamed Faliq pastinya menceriakan kehidupan mereka berdua. Tahniah buat Erin dan suami kerana telah bergelar ‘parents’. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.

May 11th, 2015

Orang Melayu satu kebiasaan yang sebenarnya agak menjengkelkan. Bila seseorang itu tak kahwin, soalan yang sering diterima ialah, bila nak kahwin? Bila seseorang itu dah kahwin, soalan seterusnya ialah bila nak ada anak? Bila dah ada anak sorang, soalan selanjutnya ialah bila nak tambah lagi sorang? Terbaru bolehlah kita tambah di dalam soalan wajib ini ialah apabila disahkan hamil kembar, terus akan ada soalan/dakwaan “kau pergi buat rawatan kesuburan ek?”.

erin malek

Senang cerita sesetengah orang Melayu ini tak boleh duduk senang tengok orang lain. Mengandung salah, tak mengandung salah, mengandung kembar pun salah jugak. Itulah yang terjadi kepada Erin Malek yang kini sedang hamil anak kembar. Dirinya dituduh menjalani rawatan kesuburan di akaun sosial Instagram semata-mata kerana dimurahkan rezeki bakal menimang 2 cahaya mata sekaligus. Kata Erin:-

Perkahwinan kami masih baharu, jadi tidak perlu rasanya saya melakukan rawatan kesuburan untuk membolehkan kami segera menimang cahaya mata. Saya agak terkejut apabila cerita sebegitu, lagipun kedua-dua belah pihak keluarga memang ada gen kembar.

Saya sebenarnya tidak suka melayan komen negatif begini. Suami juga menasihatkan supaya tidak ambil pusing sangat kerana jika dilayan ia akan menjadi-jadi. Apa yang saya buat ialah buang dan kemudian sekat mereka yang membawa aura negatif daripada terus mengikuti laman Instagram saya.

erin malek
Sian kan? Di kesempatan ini Abang Nara mahu mengajak pembaca BeautifulNara agak membuang rasa dengki, geram, cemburu dan hasad kepada kehidupan orang lain. Kadangkala memang orang lain dimurahkan rezeki olehNya. Tak perlulah buat tuduhan pelik-pelik. Apa kata kita tumpang gembira dengan hidup orang lain? Sudah pasti hidup kita pun lebih tenang, tak ada simpan perasaan benci dalam hati. Tak gitu?

P.S: Ibu dukung anak lumpuh ke sekolah setiap hari