Erin Malek Terkilan Dituduh Jalani Rawatan Kesuburan

Hiburan

Erin Malek Terkilan Dituduh Jalani Rawatan Kesuburan

Orang Melayu satu kebiasaan yang sebenarnya agak menjengkelkan. Bila seseorang itu tak kahwin, soalan yang sering diterima ialah, bila nak kahwin? Bila seseorang itu dah kahwin, soalan seterusnya ialah bila nak ada anak? Bila dah ada anak sorang, soalan selanjutnya ialah bila nak tambah lagi sorang? Terbaru bolehlah kita tambah di dalam soalan wajib ini ialah apabila disahkan hamil kembar, terus akan ada soalan/dakwaan “kau pergi buat rawatan kesuburan ek?”.

erin malek

Advertisement

Senang cerita sesetengah orang Melayu ini tak boleh duduk senang tengok orang lain. Mengandung salah, tak mengandung salah, mengandung kembar pun salah jugak. Itulah yang terjadi kepada Erin Malek yang kini sedang hamil anak kembar. Dirinya dituduh menjalani rawatan kesuburan di akaun sosial Instagram semata-mata kerana dimurahkan rezeki bakal menimang 2 cahaya mata sekaligus. Kata Erin:-

Perkahwinan kami masih baharu, jadi tidak perlu rasanya saya melakukan rawatan kesuburan untuk membolehkan kami segera menimang cahaya mata. Saya agak terkejut apabila cerita sebegitu, lagipun kedua-dua belah pihak keluarga memang ada gen kembar.

Saya sebenarnya tidak suka melayan komen negatif begini. Suami juga menasihatkan supaya tidak ambil pusing sangat kerana jika dilayan ia akan menjadi-jadi. Apa yang saya buat ialah buang dan kemudian sekat mereka yang membawa aura negatif daripada terus mengikuti laman Instagram saya.

erin malek
Sian kan? Di kesempatan ini Abang Nara mahu mengajak pembaca BeautifulNara agak membuang rasa dengki, geram, cemburu dan hasad kepada kehidupan orang lain. Kadangkala memang orang lain dimurahkan rezeki olehNya. Tak perlulah buat tuduhan pelik-pelik. Apa kata kita tumpang gembira dengan hidup orang lain? Sudah pasti hidup kita pun lebih tenang, tak ada simpan perasaan benci dalam hati. Tak gitu?

P.S: Ibu dukung anak lumpuh ke sekolah setiap hari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...