May 17th, 2015

Semalam sebuah majlis aqiqah telah diadakan untuk putri kedua pelawak Nabil Ahmad Leyla Medyna dan juga sambutan hari lahir anak pertama beliau Naera Mikayla yang bertempat di Yayasan Seni, Jalan Ritchie, Ampang.

Majlis aqiqah dan cukur jambul berlangsung pada waktu pagi dan dikendalikan oleh Ustaz Don. Sambutan hari lahir pula telah diadakan pada sebelah petang dan dihadiri oleh rakan artis juga kelab peminat Nabil.

Memang indah sekali kenduri aqiqah tersebut dan semoga Nabil Ahmad dan keluarga bahagia selalu dan dilimpahi rahmat. InshaAallah.

Kredit Foto: Instagram rbgstudio

Lagi beberapa foto majlis aqiqah Leyla Medyna dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

April 17th, 2015

Pada tanggal 18 Mac lalu, pelawak Nabil Ahmad dan isterinya Zira telah menerima kehadiran cahaya mata perempuan mereka yang kedua , Leyla Medina pada jam 1.03 petang dengan berat 3.2kg. Bayi tersebut telah dilahirkan secara pembedahan.

Kini sudah lebih daripada sebulan berlalu, Leyla tampak semakin comel dan sihat. Anak pertama pasangan ini, Naira  Mikayla yang kini sudah berusia 2 tahun nampaknya pandai melayan adiknya.

Mari kita lihat foto Leyla Medina dengan membaca artikel ini sepenuhnya.