May 17th, 2015

Semalam sebuah majlis aqiqah telah diadakan untuk putri kedua pelawak Nabil Ahmad Leyla Medyna dan juga sambutan hari lahir anak pertama beliau Naera Mikayla yang bertempat di Yayasan Seni, Jalan Ritchie, Ampang.

Majlis aqiqah dan cukur jambul berlangsung pada waktu pagi dan dikendalikan oleh Ustaz Don. Sambutan hari lahir pula telah diadakan pada sebelah petang dan dihadiri oleh rakan artis juga kelab peminat Nabil.

Memang indah sekali kenduri aqiqah tersebut dan semoga Nabil Ahmad dan keluarga bahagia selalu dan dilimpahi rahmat. InshaAallah.

Kredit Foto: Instagram rbgstudio

Lagi beberapa foto majlis aqiqah Leyla Medyna dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


Comments are closed.

Loading...