November 7th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha dan Jejai atas kelahiran puteri sulung mereka. Nama yang diberikan ialah Putri Raysha Jemaima. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Jejai sendiri menerusi laman Instagramnya. Jejai turut sama berkongsi gambar puterinya ini. Sangat-sangat comel!!!

puteri fasha sandha

Jejai juga turut memaklumkan yang si anak dan si ibu berada dalam keadaan baik. Jutaan tahniah diucapkan. Semoga Putri Raysha Jemaima membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang solehah. Tahniah buat keluarga Fasha Sandha atas kehadiran si comel ini.

October 30th, 2014

Malam ini merupakan episod terakhir drama lakonan aktres hebat, Fasha Sandha iaitu Selamat Pengantin Madu. Apa yang menarik mengenai drama ini ialah penggambaran dilakukan ketika Fasha hamil di mana jelas kelihatan ‘baby bump’ di perutnya. Kalau tak silap Abang Nara, hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Fasha dan Jejai akan menyambut kedatangan anak kedua mereka. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalani, anak kedua Fasha adalah seorang ‘baby girl’.

fasha sandha putri

Keterujaan Fasha Sandha untuk menimang cahaya mata perempuan jelas kelihatan apabila sudah pun memikirkan nama yang bakal diberikan kepada si puteri itu. Ia akan bermula dengan ‘Putri’ dan disambung dengan ‘R’. Kata Fasha menerusi Mstar Online:-

Setakat ini kami telah pilih beberapa nama yang sesuai untuk bayi yang akan lahir ini. Bagaimanapun permulaan nama anak saya itu mestilah Putri dan nama kedua pula menggunakan huruf ‘R’. Tetapi saya tidak bolehlah nak beritahu sekarang. Tak ‘surprise’ lah nanti

fasha sandha putri

Tak sabar rasanya nak menatap wajah si comel puteri Fasha Sandha dan Jejai ini. Agak-agaknya apa nama yang akan diberikan? Putri Rania? Putri Rossa? Putri Rabiah? Banyak sangat nama yang bagus dan membawa makna yang baik. Tak sabar nak tahu. Lagi beberapa gambar Fasha Sandha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: 12 batang jarum dalam badan bayi yang didera

fasha sandha putri
fasha sandha putri
fasha sandha putri
fasha sandha putri
fasha sandha putri
fasha sandha putri
fasha sandha putri
fasha sandha putri

September 15th, 2014

Wah~~ Makin berseri-seri dan makin membesar perut Fasha Sandha. Comel sangat-sangat. Sekali tengok pun dah tau ini mesti ‘baby girl’. Tak sabar rasanya nak menunggu kelahiran anak kedua Fasha Sandha hasil perkawhinannya dengan Jejai ini. Mesti comel macam emaknya jugak.

fasha sandha

Berdasarkan pengalaman Abang Nara yang baru diberikan rezeki anak perempuan baru-baru ini, memang berbeza perangai anak lelaki dan perempuan. Yang paling menarik ialah ketika waktu tidur malam. Anak perempuan tidur lama sikit jadi wife Abang Nara tak perlu bangun selalu untuk menyusu. Paling penting, banyak baju-baju yang comel untuk baby girl. Rambang mata memilih masa pergi kedai. Hehehe.

fasha sandha

Suka Abang Nara tengok kebahagiaan Fasha Sandha sekeluarga. Semoga segalanya selamat sehingga hari kelahiran kelak. Semoga dipermudahkan ketika kelahiran bayi kedua ini. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Taman kucing gergasi dibina oleh lelaki autistik

fasha sandha
fasha sandha

fasha sandha
fasha sandha

fasha sandha

fasha sandha

fasha sandha

fasha sandha

May 26th, 2014

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan buat Fasha Sandha atas berita mengenai jantina anak kedua yang sedang dikandungnya sekarang. Berkongsi berita gembira itu di akaun Instagramnya, Fasha memaklumkan yang seorang “baby girl” bakal memeriahkan lagi keluarganya. Untuk makluman, Fasha baru-baru ini telah melakukan pemeriksaan kandungan dan daripada situ, dapat mengetahui jantina bakal anaknya.

fasha sandha baby girl
Nampak gayanya lengkaplah sepasang anak lelaki dan anak perempuan untuk Fasha dan Jejai apabila lahirnya anak kedua ini kelak. Murah rezeki Fasha. Berita gembira ini dikongsi menerusi kata-kata di bawah:-

#kisahsemalam , dah siap for ABP tapi baby girl dalam perut buat perangai pulak. Pedih perut and tak selesa. Congrats to all the winners. Congrats @kakchambh and team #abpbh #abpbh2013. Tak lupa to my fav @aarondwiaziz @diyanahalik . U deserved it. Make up by my Fav @kasihcicie and dress by @ricorinaldi Yang paling penting sekali tq to my @welovefashasandha team. Love you

fasha sandha baby girl

Sama-samalah kita doakan agar bayi dalam kandungan Fasha Sandha membesar dengan sihat dan tanpa sebarang komplikasi. Seronoklah Fasha membeli-belah baju untuk si comelnya kelak. Bolehlah mula menghias bilik dengan warna pink. Pasti comel sangat-sangat. Hehehe. Abang Nara pula yang teruja lebih. Apa pun, tahniah Fasha dan Jejai atas berita gembira ini.