October 22nd, 2015

Sudah beberapa kali melakukan imbasan untuk mengetahui  jantina bayi mereka yang sudah berusia 8 bulan didalam kandungan, Farid Kamil dan Diana Danielle masih belum dapat memastikan jantina sebenar anak mereka.

Namun, Farid tidak mempunyai sebarang masalah jika mendapat anak lelaki mahupun perempuan. Apa yang penting bayi didalam kandungan sihat.

Sudah beberapa kali kami pergi scan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan tetapi sehingga kini masih tidak nampak dengan jelas lagi alat sulitnya. Bagaimanapun, lelaki atau perempuan kami tidak kisah asalakan bayi sihat sahaja cukuplah.

Walaubagaimanapun, Farid mengakui beliau dapat melihat perbezaan pada bentuk badan Diana kali ini. Ia sangat berbeza sewaktu beliau mengandungkan anak pertama mereka Muhammad. Melihat pada perbezaan tersebut Farid menjangkakan kali ini mungkin Diana sedang hamil anak perempuan.

Daripada susuk tubuh Diana memang nampak sangat berbeza berbanding waktu dia hamilkan Muhammad. Jadi saya seperti menjangkakan dia sedang hamil anak perempuan. Kalau benar saya suka sangatlah kerana saya sendiri memang idamkan anak perempuan untuk anak kedua ini.

Tidak apa Farid mungkin anak anda “malu” untuk tunjukkan jantinanya kerana ingin memberi kejutan buat anda dan Diana. Apa-apa pun, harapnya Diana dan bayi sentiasa sihat  dan semoga segala proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Murai

October 13th, 2015

Lama tidak mendengar perkembangan terkini Diana Danielle. Ramai tumpang gembira apabila Farid Kamil mengesahkan yang isterinya itu sedang hamil anak kedua. Hanya tinggal kira-kira sebulan sahaja lagi sebelum Farid Kamil dan Diana Danielle menerima kelahiran cahaya mata kedua mereka ini. Kalau dapat ‘baby girl’ maka lengkaplah sepasang.

diana danielle

Semoga segalanya berjalan lancar buat Diana Danielle sehingga hari kelahiran kelak. Tak sabar rasanya nak melihat wajah si comel itu nanti. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

diana danielleP.S: Panas, panas, panas!!! Koleksi terbaru Maleena sudah tiba. Banyak pilihan terkini dress dan blouse mampu milik. Lagi terbaik penghantaran adalah PERCUMA sepanjang bulan Oktober ini, termasuk Sabah dan Sarawak. Nak tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini. Ikuti Facebook Maleena & juga Instagram MaleenaOfficial untuk lebih informasi.

diana danielle

<br diana danielle“diana danielle” />
diana danielle
diana danielle
diana danielle
diana danielle

September 17th, 2015

Apabila Diana Danielle disahkan mengandung untuk kali kedua, sebagai seorang suami Farid Kamil jelas merasa teruja akan berita gembira tersebut. Tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak mereka yang dijangka pada bulan November depan, Farid kalau boleh ingin sering berdamping dengan isterinya melalui saat-saat penting ketika sedang mengandung.

Harap-harap tarikh perlawanan tidak berubah. Ini kerana doktor sudah menjangkakan Diana akan bersalin pada bila-bila masa di bulan November ini. Saya mahu berada di samping isteri di saat-saat penting iaitu ketika sarat mengandung dan melahirkan.

Pada masa yang sama, Farid meluahkan rasa syukur apabila Diana tidak mengalami sebarang masalah sepanjang mengandungkan anak kedua mereka.

Walaupun pada kandungan kedua ini Diana mudah letih, tetapi dia tidak mengalami apa-apa masalah. Alhamdulillah… perkara itu buatkan saya lebih teruja untuk menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga kami.

Jangan risau Farid, kami doakan semoga kandungan Diana akan terus baik-baik sahaja dan Allah SWT permudahkan proses kelahiran nanti. Untung dapat suami yang memahami macam Farid, iyalah wanita mengandung ni perlukan perhatian lebih daripada suami mereka.

Sumber Berita: mStar Online

August 12th, 2015

Sekitar minggu lepas, foto Diana Danielle yang dipercayai sudah hamil anak kedua menjadi topik yang sensasi di Forum Cari. Menerusi foto tersebut, jelas menunjukkan perut Diana yang sudah besar dan ia tidak dapat disembunyikan lagi.

Selepas lama peminat berteka-teki, akhirnya Farid Kamil telah mengesahkan isteri tercinta beliau kini sedang hamil cahaya mata kedua mereka.

Buat masa ini, Diana tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan kali ini. Farid juga memberitahu beliau dan isteri telah membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang ujian imbasan untuk mengetahui jantina anak kedua mereka nanti. Farid mahu perkara tersebut menjadi satu kejutan buat mereka berdua.

Walaupun kandungan Diana sudah memasuki usia 5 bulan, pasangan berkenaan tidak belum lagi membuat sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka lagi setakat ini.

Alhamdulillah, saya mendapat rezeki untuk kali kedua. Saya bersyukur kepada Allah kerana bagi saya merasai satu lagi peluang untuk memiliki cahaya mata. Alhamdulillah, kandungan isteri kini hampir memasuki lima bulan.

Saya tidak tahu jantina kandungan kedua dan tidak mahu tahu kerana kami berdua sudah bersetuju untuk tidak melihat jantina lebih awal. Kami terima apa sahaja jantina dan harap semua berdoa agar ibu dan kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Alhamdullillah, makin bertambah besar lagi keluarga Farid Kamil dan Diana Danielle. Semoga segala proses ketika bersalin nanti berjalan dengan lancar. Lepas ni Muhammad dah tak boleh manja-manja sangat dah, kan nak jadi abang tak lama lagi. Hehe.

Sumber Berita: Tonton Extra