August 22nd, 2016

Hujung minggu lepas, satu majlis aqiqah telah diadakan buat  Yusuf Iskandar iaitu anak pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Bertemakan warna putih, majlis aqiqah Yusuf berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan kehadiran ibu bapa Hairul dan Hanis, rakan selebriti, saudara dan rakan karib pasangan tersebut.

Yusuf serta ibu bapanya kelihatan cukup cantik, segak dan comel mengenakan pakaian rekaan eksklusif Jovian Mandagie.

Siapa yang tidak geram melihat pipi Yusof yang gebu  bukan? Menariknya, Yusuf sememangnya seorang bayi yang mudah untuk dijaga dan sedikit pun tidak meragam sepanjang majlis aqiqah berkenaan.

Khas buat peminat Yusuf berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis aqiqah beliau dengan membaca entri ini sepenuhnya.

August 12th, 2016

Zaman sekarang, masa berlalu dengan begitu pantas sekali bukan? Kadang-kadang tidak sedar rupa-rupanya kita dah habiskan banyak masa melakukan pelbagai benda.

Malah, bayi comel kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar juga sudah memasuki usia dua bulan.

Kalau anda rajin melayari laman Instagram, pasti anda tahu Yusuf mempunyai akaun Instagramnya sendiri dan jumlah pengikutnya sudah lebih 200,000 orang. Wah..

Telatah comel Yusuf boleh mencairkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Iyalah, dah la putih gebu, geram juga kami bila melihat beliau. Hehe..

Untuk anda yang  ingin mengetahui perkembangan terbaru Yusuf, berikut kami sertakan beberapa lagi foto dan video  bayi tersebut dengan membaca entri ini sepenuhnya.

View this post on Instagram

Setiap pagi mandikan Yusuf dulu, bagi susu, dan tidurkan dia, pastu BARU dapat start kerja. Tapi biasa lepas mandi lama plak dia sembanggg 😒😂@theyusufiskandar

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

View this post on Instagram

Sebelum subuh massage @theyusufiskandar

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on