October 27th, 2015

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi terkenal Faizal Tahir kerana telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata beliau yang ke 6.

Lebih bermakna lagi, anaknya itu lahir tarikh ulangtahun kelahiran Faizal yang ke 37. Berita gembira itu dikongsikan oleh Faizal sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

Ramai peminat yang mengucapkan tahniah kepada beliau selain mendoakan Faizal dan keluarganya akan terus bahagia dengan kehadiran orang baharu.

Foto Faizal mengendong anaknya itu memang menyentuh hati sekali, mesti best dapat bau haruman syurga bukan? Hehe.

Sumber Berita: Instagram Faizal Tahir

June 30th, 2009

keluarga faizal tahir

Kadang-kadang kami pun tak sedap hati nak keluarkan gosip tentang rumah tangga artis-artis Malaysia nie. Iyerlah, rumah tangga orang manalah kita tahu cerita yang sebenarnya kan? Kang kalau salah kang buat malu jer.

Tapi dari apa yang kami dengar-dengar setelah memasang telinga, khabarnya rumah tangga Faizal Tahir sekarang nie tengah dilanda ribut kencang. Kesian kami mendengarnya. Maklumlah anak paling bongsu Faizal Tahir rasanya baru beberapa bulan jer. Kalau betul tengah dilanda badai, kesannya compem besar kat anak-anak diorang.

Harap-harap apa yang kami dengar ini hanyalah gosip belaka. Baru-baru nie pun kami ada keluarkan cerita tentang perkahwinan Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang tengah retak. Nampaknya selain musim artis berkahwin, 2009 nie tahun keluarga-keluarga artis berantakan kot.

Buat Faizal Tahir dan keluarga, harap-harap dapat tabah dan bersabar. Kepada Faizal Tahir, buat jer press conference bagitau cerita sebenar kat wartawan-wartawan Malaysia nie. Tak baik dibiarkan gosip macam nie berleluasa. Tak gitu?