May 4th, 2014

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan buat Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha yang telah selamat menerima kehadiran anak kedua dalam kehidupan mereka. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Ayu Raudhah sendiri menerusi akaun Instagramnya. Anak kedua berjantinakan lelaki ini dilahirkan Jumaat lalu jam 2.15 petang dengan berat 2.73kg.

baby kedua ayu raudhah

Comel kan? Semoga kehadiran anak kedua ini akan memeriahkan lagi keluarga Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Lagi beberapa gambar untuk tatapan anda dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

baby kedua ayu raudhah
baby kedua ayu raudhah
baby kedua ayu raudhah
baby kedua ayu raudhah

October 23rd, 2013

Selain daripada Rozita Che Wan, Ayu Raudhah sekeluarga turut sama terbang ke kota London. Kalau tak silap Abang Nara, mereka kesemuanya menaiki penerbangan yang sama. Kemungkinan Ayu menemani kakaknya di sana sambil menikmati keindahan musim luruh di London.

ayu raudhah di London

Agak jeles Abang Nara melihat gambar mereka berjalan-jalan di kota London. Salah satu gambar menarik yang dikongsi ialah ketika mereka ke muzium lilin. Nampak menarik. Suatu hari nanti pasti akan Abang Nara jejak juga kaki ke sana.

ayu raudhah di London

Lagi beberapa keping gambar Ayu Raudhah sekeluarga di kota London dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London

March 22nd, 2013

Selain daripada Fasha Sandha dan Irma Hasmie, Ayu Raudhah merupakan salah seorang selebriti yang bakal bergelar ibu buat pertama kali dalam masa terdekat ini. Berkata kepada portal Murai, Ayu Raudhah memaklumkan yang dia bakal bersalin pada 29 Mac ini. Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi.

anak ayu raudhah

Pastinya Ayu dan Zaquan sedang berdebar-debar menunggu detik bahagia ini. Daripada hasil “scan“, jantina bayi pasangan ini ialah lelaki. Kata Ayu Raudhah:-

Insya Allah saya akan melahirkan bayi lelaki saya ini secara normal di Hospital Columbia Asia di Johor kerana Zaquan akan menjalani latihan bola semua disini. Cuma, perasaaan saya ketika ini bercampur baur. Yelah, bila dah nak dekat saat melahirkan ini, rasa takut ada dan teruja pun ada, bila nak lihat bayi pertama saya keluar. Tapi saya berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat.

anak ayu raudhah

Yang menariknya, Zaquan turut sama teruja dengan kelahiran ini sehingga sudah pun membeli beberapa baju jersi bola sepak. Teringat Abang Nara dulu pun buat perangai serupa. Kata Ayu lagi:-

Semua barang-barang keperluan termasuk bajunya kami sudah siapkan. Malah kami bersama-sama menghias bilik tidurnya. Bahkan, saya lihat Zaquan pula yang paling bersemangat dalam memilih baju dan kasut anak kami nanti. Dia banyak memilih baju-baju bola. Malah kasut pun sudah banyak dibelinya walaupun terpaksa tunggu anak kami berusia setahun. Saya gembira melihat keterujaannya.

Semoga segalanya akan berjalan lancar buat Ayu apabila tiba masanya nanti. Semoga anak yang lahir sihat tubuh badan dan akan membesar dengan sempurna. Sama-samalah kita doakan.