October 12th, 2012

Jutaan tahniah kepada Aqasha yang telah dikurniakan anak perempuan hari ini. Bayi perempuan ini adalah anak kedua hasil perkongsian hidup Aqasha dan isterinya, Noor Baizura. Sebelum ini mereka berdua telah pun mendapat seorang anak lelaki yang kini berusia kira-kira setahun.

aqasha

Semoga dengan kehadiran puteri di dalam keluarga Aqasha akan menceriakan lagi mereka. Aqasha telah pun berkongsi gambar anaknya di Twitter Aqasha. Memang cute dan putih sangat.

aqasha

Tahniah sekali lagi kepada Aqasha atas kehadiran cahaya mata ini.

September 7th, 2011

Seorang lagi artis kegemaran ramai, Firdee Aqasha Rosli atau nama glemernya Aqasha telah pun bergelar bapa semalam. Isterinya Noor Baizura telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Alehandra Ahmad Bin Firdee Aqasha.

anak aqasha

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Aqasha dan isteri. Cepat-cepat la share gambar anak yang pasti kacak seperti ayahnya.