Written by Bella | September 19th, 2019

Baru-baru ini, penyanyi Sufian Suhaimi berkongsi berita gembira apabila bergelar bapa setelah mengambil anak angkat yang bernama Faeq Razeeq. Kini kehidupannya semakin bahagia dan ceria dengan kehadiran si comel.

sufian suhaimi

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak mempersoalkan mengapa Sufian tidak membabitkan mana-mana jabatan ataupun agensi berkaitan pengambilan anak angkatnya.

Jelas Sufian, isu tersebut seharusnya tidak timbul dan menjadi perdebatan kerana ia dilakukan menerusi permuafakatan bersama, dimana ibu bapa Faeq merupakan teman rapat Sufian.

sufian suhaimi baby faeq

Ramai yang tidak jelas mengenai perkara ini, hingga sesetengah pihak menjadikannya bahan perdebatan. Ibu bapa Faeq adalah kawan baik saya sejak dahulu lagi dan kami sama-sama berasal dari Mersing, Johor. Sampai sekarang, hubungan kami akrab.

Apabila kami berjumpa, Faeq pun ada sekali. Kami pula hampir setiap hari melepak bersama. Saya dapat rasakan, saya dan Faeq serasi, jadi saya meminta izin mahu menjadi ayah angkatnya.

sufian suhaimi baby faeq anak angkat

Saya mengambil Faeq sebagai anak angkat bagi mengisi rasa kekosongan dalam diri, selain ingin menjadi insan yang lebih baik.

Sufian akui kehadiran kanak-kanak itu dalam hidupnya membawa sinar baru dan kini dia juga cukup teruja mempelajari perkara berkaitan penjagaan anak.

sufian suhaimi anak angkatApa-apa pun, kami harap Sufian ataupun sekarang ini dikenali sebagai Ayah Yan terus bahagia disamping Faeq.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | September 11th, 2019

Penyanyi Sufian Suhaimi menerusi akaun Instagram memaklumkan bahawa dia sudah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Faeq Razeeq.

sufian suhaimi

Berkongsi foto momen mesra bersama kanak-kanak lelaki itu, Sufian meluahkan rasa syukur dengan nikmat dan rezeki yang dikurniakan kepadanya.

sufian suhaimi ambil anak angkatanak angkat sufian suhaimi

Menurut Sufian, umurnya yang sudah 27 tahun bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab.

sufian suhaimi anak angkat

Berita tersebut disambut baik oleh rakan artis dan peminatnya. Mereka mengucapkan tahniah kepada Sufian dan semoga menjadi seorang ayah yang baik serta bertanggungjawab serta dipermudahkan segala urusan.

sufian suhaimi ambil anak angkatsufian suhaimi ambil anak angkatsufian suhaimi ambil anak angkatsufian suhaimi ambil anak angkat

Bertambah ceria lah kehidupan Sufian dengan kehadiran Faeq, comel pula lihat aksi mereka anak beranak. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.