Written by AbangNara | December 31st, 2013

Semenjak dua menjak ini memang ramai sungguh rakyat Malaysia terbang ke London untuk bercuti. Mungkin harga tiket kapal terbang yang ditawarkan murah. Lagipun hujung tahun memang best pergi ke London kerana jualan murah yang sedang berlangsung di sana. Memang sakan la shopping.

aeril zafrel london

Terbaru, Wawa Zainal, Aeril Zafrel dan anak mereka juga turut ke sana. Sambil bercuti, sambil berbulan madu. Seronok Abang Nara melihat kebahagiaan keluarga ini setelah dilanda kontroversi sepanjang tahun 2013. Semoga tahun 2014 akan membawa lebih banyak sinar kebahagiaan buat mereka. Sama-samalah kita doakan.

aeril zafrel london

Lagi beberapa keping gambar Aeril Zafrel, Wawa Zainal dan anaknya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 22nd, 2013

Di dalam artikel sebelum ini, Abang Nara ada kongsikan bahawa pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akan dipanggil oleh JAIS untuk membantu siasatan mengenai pernikahan pertama mereka. Ditanya mengenai perkara ini, Aeril enggan memberikan sebarang komen kerana takut disalaherti oleh orang ramai.

aeril zafrel

Kata Aeril kepada Sinar Harian:-

Kalau boleh saya tidak mahu komen mengenai isu ini (dipanggil Jais). Apatah lagi ia melibatkan badan agama dan difahamkan kes dalam siasatan. Jadi, saya tak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara ini, bimbang nanti disalah erti dan saya balik yang akan dipersalahkan

aeril zafrelAeril juga enggan memberikan sebarang komen kerana takut segala perkataan yang terkeluar daripada mulutnya digunakan sebagai bahan balas balik. Kata Aeril:-

Bila saya beri kenyataan, orang jadikan ia sebagai bahan untuk balas balik. Contoh macam kenyataan Wawa mengenai pemakaian tudung sebelum ini. Jadi tak gunalah saya bersuara kerana ia bukan meredakan keadaan, tetapi membuatkan keadaan lagi bertambah buruk.

Cuma apa yang saya harapkan isu ini akan reda dalam masa yang singkat. Saya bukannya ditangkap basah. Saya hanya berkahwin dan merahsiakan perkahwinan saya. Salah ke saya mahu mendirikan rumah tangga?

gambar anak aerilSementara itu Aeril telah berkongsi gambar terbaru anaknya (gambar di atas), Attar selepas hashtag #Attar berjaya trending di Twitter semalam. Semoga kebahagiaan yang dikecapi oleh mereka sekeluarga akan berterusan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.