Written by Bella | December 14th, 2017

Tidak dinafikan ada sesetengah masyarakat kita suka menghukum seseorang hanya berdasarkan gambar tanpa mengetahui perkara sebenar. Kali ini giliran Aeril Zafrel  serta keluarganya pula dikecam dan agama mereka dipertikaikan gara-gara anak perempuanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa bergambar dengan pokok krismas.

Aeril memohon maaf sekiranya perkara itu membuatkan akidah anaknya terpesong dan menjelaskan beliau sebenarnya tidak mempunyai niat untuk menyambut krismas tetapi cuma ingin bergambar dengan perhiasan yang ada di hotel penginapan mereka.

Saya minta maaf ya. Kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok krismas ini boleh terpesong dari agama. Untuk pengetahuan pokok Krismas itu bukan kat rumah saya. Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk.

Rasanya isu ini tidak perlu dipanjangkan, biasalah tu bukan budak-budak sahaja yang suka dengan hiasan cantik serta berlampu, malah ramai juga antara kita yang sering bergambar dengan pokok krismas khususnya di pusat membeli-belah yang mempunyai dekorasi cantik seperti di Pavillion ataupun KLCC. Apa yang peliknya?