July 9th, 2020

Siapa yang mahukan perkahwinan yang dibina hancur di tengah jalan kan? Tapi jika jalan perpisahan adalah sebaiknya buat semua pihak, maka penceraian adalah jawapannya.

Meskipun timbul spekulasi bahawa rumah tangga Sharifah Sakinah dan suaminya yang merupakan seorang juruterbang, Aliff Adha sedang goyah apabila lelaki itu dikatakan aktif dalam aplikasi bersosial namun pelakon itu mengambil langkah untuk mendiamkan diri sahaja.

sharifah sakinah bercerai

Walaubagaimanapun, Sharifah Sakinah sendiri telah mengesahkan bahawa dia sudah pun bercerai dengan Aliff Adha sejak Mei lalu selain mendedahkan bahawa mereka sudah tidak tinggal sebumbung bermula Mac lagi.

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun.”

Apabila diasak dnegan soalan cepumas sama ada hubungan mereka putus kerana orang ketiga, pelakon wanita itu menafikan dakwaan tidak berasas tersebut.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.”

sharifah sakinah bercerai

Bahkan Sharifah Sakinah menjelaskan bahawa biarlah mereka bahagia dengan cara masing-masing kerana ini adalah untuk kebaikan kedua belah pihak.

Wanita itu juga berharap dengan pendedahan ini, ia akan melunaskan segala teka-teki dan persoalan yang bermain di fikiran setiap orang yang ingin tahu mengenai perihal rumah tangganya.

Kalau dah usaha macam mana pun tapi tiada jodoh juga, nak buat macam mana kan?

Sumber: BH Online