“Saya Trauma..” – Dah Dua Kali Berkahwin, Sharifah Sakinah Akui Takut Nak Bersuami Lagi

Hiburan

“Saya Trauma..” – Dah Dua Kali Berkahwin, Sharifah Sakinah Akui Takut Nak Bersuami Lagi

Pelakon terkenal, Sharifah Sakinah berkata dia berasa trauma untuk berkahwin lagi.

Ujarnya, jikalau pun dia berkenalan dengan seseorang, perkara tersebut akan mengambil masa yang lama dan menghadkan pergaulannya.

Advertisement

Saya dah trauma, perkahwinan pertama dan kedua semua ada pengajaran. Berkenalan itu perkara biasa. Kalau saya jumpa seseorang, akan ambil masa.

Tambah Sakinah lagi, buat masa sekarang dia lebih memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada diri sendiri agar menjadi insan yang lebih baik.

Dia dalam pada itu sempat memberikan pesanan kepada selebriti di luar sana untuk lebih bijak menggunakan media sosial.

Untuk selebriti, tolong guna media sosial untuk perkara baik. Tolong jangan salah guna, untuk kesihatan mental awak juga dan netizen, tolong gunakan kata-kata dengan baik.

Sekadar info, perkahwinan pertama Sakinah adalah dengan seorang usahawan Alif Adha pada Mac 2015 namun berpisah pada Mei 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak, Anais Adha yang kini berusia enam tahun.

Sakinah kemudian menjalinkan hubungan bersama Michael Hansen pada hujung 2020 namun berpisah pada Februari 2021.

Sharifah sakinah anais
11 months ago

Anak Diejek Dan Dibuli Netizen, Sharifah Sakinah Beri Amaran Terakhir Sebelum Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra.com.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...