July 11th, 2020

Permohonan pelakon Zarina Anjoulie untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap pelakon Amyza Aznan dalam kes saman fitnah bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM3 juta dibenarkan Mahkamah Tinggi.

zarina anjoulie amyza aznan

Hakim Datuk Azimah Omar membenarkan permohonan Zarina Anjoulie selaku plaintif berikutan Amyza sebagai defendan gagal memfailkan memorandum kehadiran untuk menjawab saman itu pada tarikh yang ditetapkan.

“Saman yang difailkan plaintif adalah mengikut prosedur dan teratur, namun defendan telah memasukkan kehadiran untuk menjawab saman itu lewat.”

Amyza bagaimanapun diperintah Mahkamah untuk membayar kos RM2,500. Biarpun begitu, Peguam Rejinder Singh yang bertindak bagi pihak Amyza memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya akan memfailkan permohonan bagi mengetepikan penghakiman ingkar itu pada Isnin ini.

zarina anjoulie amyza aznan

Terdahulu, setelah dimaklumkan oleh peguam plaintif, Rejinder menyatakan Amyza telah memasukkan kehadiran untuk menjawab saman yang difailkan Zarina Anjoulie pada 1 Julai lalu.

Menurut laporan Bernama, peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Zarina Anjoulie ketika ditemui pemberita berkata plaintif akan memfailkan permohonan supaya mahkamah membuat taksiran ganti rugi berikutan keputusan tersebut.

zarina anjoulie amyza aznan

Sebelum ini, Zarina telah memuat naik video di laman Instagram pada 28 Mac lalu dengan menyatakan  bahawa “bantuan khusus” bagi penggiat seni yang diminta golongan artis kepada pihak kerajaan adalah tidak perlu kerana boleh memohon BPN seperti rakyat lain.

Dakwaan kenyataan fitnah mula timbul apabila Amyza dikatakan menghina Zarina seorang yang berperangai buruk, tidak bertanggungjawab dan sering menabur fitnah terhadap artis-artis lain menerusi aplikasi pesanan ringkas Telegram dalam satu kumpulan dikenali sebagai “BANTUAN COVID SENI 2020” sehingga Zarina mengalami kemurungan kerana dimalukan dan reputasinya turut tercalar.

zarina anjoulie amyza aznan

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am atas kehilangan reputasi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah, permohonan maaf daripada defendan.

Sumber: BERNAMA

June 30th, 2020

Tidak hadir menyerahkan dokumen yang didakwa telah menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM3 juta daripadanya, pelakon Amyza Azna zahir rasa kecewa terhadap pihak Zarina Anjoulie.

zarina anjoulie saman amyza aznan

Menurutnya, berhubung kenyataan mengenai bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan kesan wabak COVID-19, Zarina telah memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap Amyza pada 23 April lalu.

Namun, Amyza melalui media meminta pihak guaman yang mewakili Zarina iaitu Nurul Hafidzah untuk hadir bertemu dengannya jam 4 petang di Astro Bukit Jalil bagi menyerahkan dokumen yang didakwa belum lagi diterimanya kira-kira tiga hari lalu.

zarina anjoulie saman amyza aznan

Amyza juga didakwa hanya sekadar berdiam diri sehingga peguam yang mewakili Zarina, Nurul Hafidzah mengesahkan dia gagal memasukkan kehadiran di mahkamah sejak saman difailkan.

Ditanya mengapa sebelum ini Amyza didakwa tidak memberi respon kepada tuntutan saman dan maaf dari pihak Zarina?

Kata Amyza, beliau langsung tidak menerima apa-apa dokumen atau notis berikutan kes tersebut.

“Sepatutnya dokumen itu sendiri diserahkan kepada saya. Mungkin mereka hantar ke alamat yang salah kerana saya menetap di Sepang bersama ibu saya.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Zarina tampil seolah menghentam golongan selebriti yang dikhabarkan mahukan bantuan khusus daripada pihak kerajaan susulan pandemik wabak C0VID19. Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat respon daripada beberapa golongan artis tempatan termasuklah Amyza dan Emelda Rosmila.

zarina anjoulie saman amyza aznan

Malah, pelakon Emelda juga tampil menuntut permohonan maaf daripada Zarina kerana didakwa menerbitkan kenyataan fitnah kepadanya. Emelda menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta termasuk ganti rugi lainnya.

Sumber: Gempak

May 23rd, 2020

Masih ingatkah anda apabila Zarina Anjoulie dan Amyza Adnan bertelingkah dek isu segelintir daripada selebriti menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pengumuman Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang seperti meminggirkan golongan penggiat seni.

Susulan daripada itu, Zarina Anjoulie atau pun Anju menggotakan janjinya dan telah menfailkan saman fitnah RM3 juta ke atas Amyza Adnan pada 23 April lepas.

zarina anjoulie saman amyza aznan

Kisah bermula apabila Anju menangkis permintaan sesetengah artis tempatan yang ‘demand’ bantuan khas diberikan kepada mereka kerana kononnya komuniti itulah yang menghiburkan rakyat.

Oleh kerana Anju yang juga merupakan artis tetapi tidak sehaluan dengan pemikiran dan harapan mereka, satu ruang sembang khas di aplikasi Telegram telah ditubuhkan dengan nama ‘BANTUAN COVID-SENI 2020’. Bahkan kumpulan itu telah disertai oleh 819 penggiat seni termasuklah Amyza.

Menurut Anju, Amyza telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah mengenainya di dalam ruang sembang tersebut sehingga mempengaruhi ahli lain. Malahan wanita itu turut dituduh memuat naik satu entri yang mengaibkan diri Anju menerusi laman Instagram miliknya.

zarina anjoulie saman amyza aznan

Daripada fitnah yang ditaburkan itu, Anju terpalit dengan kutukan mengatakan bahawa dia berperangai buruk, tidak bertanggungjawab, berpura-pura baik, selain dikatakan selalu mengkritik artis-artis lain.

Disebabkan oleh kewujudan ruang sembang yang dipenuhi dengan cacian terhadapnya, Anju mendedahkan bahawa dia megalami kemurungan akibat dimalukan selain mendakwa reputasinya turut tercalar kerana tuduhan tidak berasas mereka.

Dengan saman ini, Anju memfailkan saman berjumlan RM3 juta dan juga permohonan maaf daripada Amyza malahan dia juga dihalang daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah lagi pada masa akan datang.

Sumber: BERNAMA