July 1st, 2019

Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang tidak lama sahaja lagi bakal menimang cahaya mata kedua.

Berita gembira ini telah disampaikan oleh Amar sendiri menerusi akaun Instagramnya dimana isterinya sedang hamil tiga minggu.

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Amar yang ke 34 semalam, Amyra membuat kejutan istimewa  dengan memaparkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif. Tentunya, ia hadiah paling bermakna buat Amar.

Sebelum ini, pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Tahniah sekali lagi dan semoga segalanya berjalan lancar buat Amyra untuk kehamilan anak kedua ini. Sama-sama kita doakan.

June 19th, 2017

Bakal menimang cahaya mata sulung bersama suami, Amar Baharin, pelakon cantik, Amyra Rosli bagaimanapun masih belum melakukan imbasan untuk mengetahui jantina anak mereka. Namun, Amyra dan Amar tidak mahu terlalu kisah dengan perkara berkenaan asalkan bayi yang dilahirkan nanti sihat dan sempurna sifatnya.

Saya dan Amar tidak kisah jantina anak, begitu juga keluarga. Asalkan bayi yang dilahirkan nanti membesar dengan sihat, itu sudah membuatkan kami bersyukur. Lelaki atau perempuan bagi kami bukan persoalan besar.

Amyra juga memberitahu beliau dan Amar masih belum membuat persiapan untuk menyambut anak mereka nanti kerana menerima pelbagai hadiah daripada peminat. Amyra meluahkan rasa syukur betapa murahnya rezeki anaknya itu.

Kami doakan agar Amyra dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat hendaknya dan semoga proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

June 13th, 2017

Baru-baru ini, pelakon Amar Baharin memuat naik foto isterinya, Amyra Rosli yang kelihatan cukup berseri-seri mengayakan busana merah jambu. Lebih menarik perhatian netizen ialah baby bump Amyra yang semakin membesar.

Rata-rata netizen juga turut mendoakan kesihatan Amyra dan bayi didalam kandungan semoga berada dalam keadaan baik.

Berikut antara komen netizen :-

Kami di Beautifulnara juga tidak menafikan bahawa Amyra tetap cantik walaupun sedang berbadan dua.  Semoga segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar, tidak sabar hendak lihat wajah anak beliau dan Amar nanti. Mesti comel..

May 30th, 2017

Sedang hamil dan mengalami alahan, pelakon Amyra Rosli tidak menjadikan ia satu alasan untuk tidak menunaikan ibadat puasa tahun ini. Amyra juga memberitahu beliau kini sedang menyesuaikan diri dengan berat badannya yang semakin meningkat sehingga saiz bajunya turut membesar.

Alhamdulillah, saya dan bayi dikandung sihat. Doktor galakkan berpuasa malah ada ubat-ubatan yang perlu saya ambil. Hari pertama Ramadan saya dapat berpuasa penuh. Cuma semalam saya gagal melakukannya kerana muntah-muntah.

Ketika awal kehamilan saya tidak ada selera makan. Badan menyusut daripada 45 kilogram (kg) kepada 42 kg.  Alhamdulillah, ketika usia kandungan memasuki empat bulan, berat badan saya meningkat dua kg. Muntah-muntah itu perkara biasa dan saya sudah boleh menyesuaikan diri. Malah, baju pun semakin besar sekarang.

Ketika ditanya mengenai jantina bayinya, Amyra memberitahu beliau masih belum membuat pemeriksaan dan akan memaklumkan perkara tersebut sejurus selepas mengetahui jantina bayinya itu.

Sumber Berita : BH ONLINE