May 30th, 2017

Sedang hamil dan mengalami alahan, pelakon Amyra Rosli tidak menjadikan ia satu alasan untuk tidak menunaikan ibadat puasa tahun ini. Amyra juga memberitahu beliau kini sedang menyesuaikan diri dengan berat badannya yang semakin meningkat sehingga saiz bajunya turut membesar.

Alhamdulillah, saya dan bayi dikandung sihat. Doktor galakkan berpuasa malah ada ubat-ubatan yang perlu saya ambil. Hari pertama Ramadan saya dapat berpuasa penuh. Cuma semalam saya gagal melakukannya kerana muntah-muntah.

Ketika awal kehamilan saya tidak ada selera makan. Badan menyusut daripada 45 kilogram (kg) kepada 42 kg.  Alhamdulillah, ketika usia kandungan memasuki empat bulan, berat badan saya meningkat dua kg. Muntah-muntah itu perkara biasa dan saya sudah boleh menyesuaikan diri. Malah, baju pun semakin besar sekarang.

Ketika ditanya mengenai jantina bayinya, Amyra memberitahu beliau masih belum membuat pemeriksaan dan akan memaklumkan perkara tersebut sejurus selepas mengetahui jantina bayinya itu.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...