November 19th, 2015

Fenomena Gegar Vaganza 2 (GV2) kini sedang melanda Malaysia. Setiap hari Ahad, konsert mingguan GV2 memang dinanti-nanti oleh jutaan pengikutnya. Memang kalah Akademi Fantasia, Mentor dan semua program realiti lain. Minggu lalu menyaksikan Amir Ukays tersingkir selepas nyanyiannya menerusi lagu Yank tidak berjaya mencuri perhatian juri. Secara jujur, bagi Abang Nara ia adalah satu keputusan yang tepat.
gegar vaganza 2Untuk makluman, penaja GV2 ialah Datuk Seri Vida menerusi produknya Pamoga Qu Puteh. Sebagai penaja, Datuk Seri Vida mempunyai kuasa untuk memberikan imuniti kepada peserta yang telah tersingkir. Namun imuniti tersebut hanya boleh diberikan sekali sahaja. Jika imuniti diberikan kepada Amir Ukays, penyanyi tersebut boleh beraksi kembali pada minggu ini. Semestinya Amir Ukays berharap agar Datuk Seri Vida memberikannya imuniti itu. Kata Amir Ukays:-

Kalau saya tak dapat imuniti itu, maka tak dapatlah saya untuk beraksi dengan lebih berani dan menghiburkan. Saya tidaklah rasa kecewa, cuma apabila tersingkir di minggu kelima rasanya amat tidak berbaloi dan tidak umpphh!

Lagu Yank yang saya nyanyikan itu tidaklah mencabar sangat dari segi vokal tetapi lagu ini amat diminati ramai sewaktu ketika dahulu hingga menjadi hits yang di radio.

Jadi kalaulah Datuk Seri Vida memilih saya untuk imuniti itu, saya rasa amat gembira dan berjanji akan terus membuat persembahan yang lebih mantap

pamoga

Jika ditanya pendapat Abang Nara, lebih baik Datuk Seri Vida menyimpan terlebih dahulu kuasa imunitinya itu. Masih terlalu awal untuk menyelamatkan peserta yang tersingkir. Kalau nak guna pun, mungkin untuk Haiza, Siti Nordiana atau Farahdhiya. Apa pula pendapat anda? Sama-sama kita saksikan aksi minggu ke 6 Gegar Vaganza 2 Ahad ini. Sumber portal Murai.

October 22nd, 2015

Fuh!!! Lega. Semalam serius Abang Nara terkejut sangat-sangat apabila berita penahanan Amir Ukays kerana memiliki sepucuk pistol tersebar. Macam-macam persoalan bermain di minda apabila membaca berita tersebut. Kenapa Amir Ukays ada pistol? Ada orang ugut Amir Ukays ke sampai perlukan pistol? Pelbagai perkara negatif terus menyelubungi minda ini. Nasib baiklah semua persoalan itu terjawab dalam masa tak sampai 24 jam.

amir ukays pistol

Rupa-rupanya pistol berwarna hitam yang tertera tulisan Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520 itu merupakan sepucuk pistol mainan yang dihadiahkan oleh seorang peminat kira-kira 8 bulan yang lalu. Kata Amir Ukays:-

Saya bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah. Alhamdulillah, saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan pada petang tadi (semalam). Saya tidak tahu menjadi kesalahan jika memiliki pistol mainan. Saya juga tidak tahu perlu memiliki lesen untuk memiliki pistol mainan.

Tidak dinafikan, pistol berkenaan menyerupai pistol, tetapi ia hanyalah pistol mainan. Selalunya, saya letak pistol berkenaan di rumah untuk kegunaan menembak cicak, tetapi pada tengah hari semalam, anak saya membawa turun dan tertinggal dalam kereta.

Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza 2. Bagaimanapun, saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan.

amir ukays pistol

pistol mainan milik Amir Ukays

Ketika berita penahanannya tersebar semalam, banyak pihak yang telah menuduh Amir Ukays dengan tuduhan negatif seperti penjenayah, perompak, hisap dadah dan macam-macam lagi. Tak boleh juga nak salahkan mereka yang menuduh. Iyerlah, pistol kot. Bukannya getah lastik cicak. Namun Amir Ukays sudah pun memaafkan mereka yang membuat kesimpulan sendiri. Kata Amir lagi:-

Saya memberi kerjasama kepada polis kerana saya tahu saya tidak bersalah, saya bukan perompak atau penjenayah. Tiada apa yang harus saya takutkan.

Tidak mengapalah, saya sudah maafkan. Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan sudah melupakannya. “Saya kini sudah dibebaskan dan paling penting, pihak polis mempercayai keterangan saya.

amir ukays pistol

Pengajaran daripada kisah ini ialah, memiliki pistol mainan turut sama memerlukan lesen. Abang Nara yakin ramai yang tak tahu tentang ini kan? Selain itu, kalau nak tembak cicak, gunakan getah pun dah cukup rasanya. Tak perlu pistol-pistol ini. Diharap Amir Ukays lebih berhati-hati di masa hadapan. Kontroversi sebegini tidak diperlukan di kala Amir Ukays ingin mencipta nama semula. Sumber Berita Harian.

amir ukays pistol

P.S: Berita baik buat mereka yang suka membeli-belah di www.maleena.my. Bermula hari ini (22 Oktober) sehingga 25 Oktober, sila masukkan voucher kod “NARA” untuk dapatkan diskaun 50% bagi setiap item pembelian anda. Terbaik kan? Inilah masa terbaik untuk anda mendapatkan produk berkualiti dengan penjimatan terhebat. Jangan lupa LIKE Facebook Maleena dan Instagram Maleenaofficial untuk dapatkan perkembangan terkini.

October 21st, 2015

Vokalis popular sekitar tahun 90 an yang juga peserta Gegar Vaganza musim ke 2, Amir Ukays ditahan pihak polis kira-kira jam 1.45 awal pagi Rabu tadi atas dakwaan memiliki sepucuk pistol jenis Walther CP99 Compact berwarna hitam dengan nombor siri 12L20520.

Amir yang mengakui senjata api tersebut adalah miliknya telah ditahan sewaktu memberhentikan kenderan beliau di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul.

Ketika ini Amir sedang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul  bagi tindakan selanjutnya atas kesalahan beliau.

Nama Amir Ukays kembali menjadi sebutan ramai apabila berjaya mempersembahkan nyanyian yang cukup memukau ketika konsert pertam Gegar Vaganza dua pada hari Ahad lepas. Konsert tersebut disiarkan setiap hari Ahad jam 9.00 di Astro Ria.

Sumber Berita: mStar Online

October 13th, 2015

Yeah!!! Kerinduan para peminat penyanyi-penyanyi otai bakal terubat apabila Gegar Vaganza kembali semula buat musim kedua. Gegar Vaganza 2 bakal menyaksikan 12 penyanyi yang pernah popular pada era 80-an dan 90-an berentap merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. Tambah menarik, Gegar Vaganza kali ini bakal disiarkan secara langsung dan bukannya secara rakaman seperti musim sebelumnya.
gegar vaganza 212 peserta Gegar Vaganza 2 ialah Zul Handy Black, Acong Sweetchild, Nizam Laksamana, Amir U’kays, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Ezlynn, Faradhiya, Siti Nordiana, Haiza, Sheeda dan Azian Mazwan Safwan. Sementara itu pengacara program ini dikekalkan iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse.  Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim turut sama diberi kepercayaan untuk menjadi juri Gegar Vaganza 2.

gegar vaganza 2

Feveret Abang Nara untuk Gegar Vaganza 2 kali ini tak lain tak bukan ialah Amir U’kays. Teringat masa darjah 6 dulu siap minta ayah belikan kaset album Bisa Berbisa dan Tajam Menikam sebab best sangat lagu-lagunya. Jangan lupa untuk saksikan Gegar Vaganza 2 bermula Ahad ini, 18 Oktober 2015, di saluran Astro Ria, Astro Prima dan Maya HD. Selamat berjaya diucapkan kepada semua peserta.

gegar vaganza 2

P.S: Yeah!!! Best Buy World Malaysia kembali lagi dengan tawaran tak masuk akal!!! Diskaun sehingga 70% untuk produk penjagaan kulit berjenama, minyak wangi, alat solek dan macam-macam lagi. 100% original dan authentik. Tak ada tiruan-tiruan. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.