Pistol Itu Pistol Mainan Untuk Tembak Cicak Di Rumah – Amir Ukays

Hiburan

Pistol Itu Pistol Mainan Untuk Tembak Cicak Di Rumah – Amir Ukays

Fuh!!! Lega. Semalam serius Abang Nara terkejut sangat-sangat apabila berita penahanan Amir Ukays kerana memiliki sepucuk pistol tersebar. Macam-macam persoalan bermain di minda apabila membaca berita tersebut. Kenapa Amir Ukays ada pistol? Ada orang ugut Amir Ukays ke sampai perlukan pistol? Pelbagai perkara negatif terus menyelubungi minda ini. Nasib baiklah semua persoalan itu terjawab dalam masa tak sampai 24 jam.

amir ukays pistol

Advertisement

Rupa-rupanya pistol berwarna hitam yang tertera tulisan Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520 itu merupakan sepucuk pistol mainan yang dihadiahkan oleh seorang peminat kira-kira 8 bulan yang lalu. Kata Amir Ukays:-

Saya bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah. Alhamdulillah, saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan pada petang tadi (semalam). Saya tidak tahu menjadi kesalahan jika memiliki pistol mainan. Saya juga tidak tahu perlu memiliki lesen untuk memiliki pistol mainan.

Tidak dinafikan, pistol berkenaan menyerupai pistol, tetapi ia hanyalah pistol mainan. Selalunya, saya letak pistol berkenaan di rumah untuk kegunaan menembak cicak, tetapi pada tengah hari semalam, anak saya membawa turun dan tertinggal dalam kereta.

Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza 2. Bagaimanapun, saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan.

amir ukays pistol

pistol mainan milik Amir Ukays

Ketika berita penahanannya tersebar semalam, banyak pihak yang telah menuduh Amir Ukays dengan tuduhan negatif seperti penjenayah, perompak, hisap dadah dan macam-macam lagi. Tak boleh juga nak salahkan mereka yang menuduh. Iyerlah, pistol kot. Bukannya getah lastik cicak. Namun Amir Ukays sudah pun memaafkan mereka yang membuat kesimpulan sendiri. Kata Amir lagi:-

Saya memberi kerjasama kepada polis kerana saya tahu saya tidak bersalah, saya bukan perompak atau penjenayah. Tiada apa yang harus saya takutkan.

Tidak mengapalah, saya sudah maafkan. Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan sudah melupakannya. “Saya kini sudah dibebaskan dan paling penting, pihak polis mempercayai keterangan saya.

amir ukays pistol

Pengajaran daripada kisah ini ialah, memiliki pistol mainan turut sama memerlukan lesen. Abang Nara yakin ramai yang tak tahu tentang ini kan? Selain itu, kalau nak tembak cicak, gunakan getah pun dah cukup rasanya. Tak perlu pistol-pistol ini. Diharap Amir Ukays lebih berhati-hati di masa hadapan. Kontroversi sebegini tidak diperlukan di kala Amir Ukays ingin mencipta nama semula. Sumber Berita Harian.

amir ukays pistol

P.S: Berita baik buat mereka yang suka membeli-belah di www.maleena.my. Bermula hari ini (22 Oktober) sehingga 25 Oktober, sila masukkan voucher kod “NARA” untuk dapatkan diskaun 50% bagi setiap item pembelian anda. Terbaik kan? Inilah masa terbaik untuk anda mendapatkan produk berkualiti dengan penjimatan terhebat. Jangan lupa LIKE Facebook Maleena dan Instagram Maleenaofficial untuk dapatkan perkembangan terkini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...