October 22nd, 2019

Sejak kebelakangan ini, rumah tangga  jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida dikatakan sedikit bergolak. Kedua-duanya tidak lagi memuat naik foto bersama dan hanya menulis status mengungkapkan perasaan sedih di dalam hati.

aliff syukri isteri berbaik

Namun, hampir tiga bulan berselisih faham akhirnya hubungan pasangan ini telah kembali pulih.  Aliff menerusi akaun Instagramnya memuat naik video mereka saling memohon maaf dengan linangan air mata.

“Kalau nak bahagia dalam

perkahwinan, berhenti mencari

kesalahan pasangan”

 

aliff syukrialiff syukri

Pada masa yang sama, Aliff juga sempat berkongsi dia akan melancarkan lagu baru bersempena dengan kisah sedih mengenai pergaduhannya dengan isteri sepanjang tiga bulan lalu.

“Hargailah orang tersayang”

aliff syukri isteri berbaikaliff syukri isterialiff syukrialiff syukri

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur hubungan suami isteri sudah kembali pulih, mendoakan agar mereka kekal bahagia sehingga ke Jannah. Ada juga netizen berpesan kepada Aliff supaya menghargai insan tersayang.

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan dilanda dengan dugaan dan cabaran, menguji keutuhan cinta dan kasih sayang mereka. Apa-apa pun, kami doakan Aliff dan isteri kekal bahagia bersama sehingga ke syurga.

October 17th, 2019

Sejak kebelakangan ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sering memuat naik luahan sedih menerusi akaun Instagram masing-masing. Seakan menggambarkan masalah berlaku di dalam rumah tangga.

aliff syukri sindir isteri

Terbaru, Aliff memuat naik sekeping foto dia bersama anak-anak dan ibunya tanpa kehadiran isteri. Malah, kapsyen pada gambar tersebut memberikan bayangan ada kalanya hidup bersendirian tanpa pasangan terasa lebih bahagia.

aliff syukri sindir isterialiff syukri cerai

Tidak berdiam diri, Shahida tampil memberikan komen mengenai ‘sindiran’ suaminya itu, mempersoalkan tindakan Aliff mengolah kembali kapsyen yang ditulis sebelum ini.

Rata-rata netizen tertanya apakah kapsyen yang ditulis oleh Aliff.  Namun, ada netizen yang mendakwa dia sebelum ini menulis, “bersendirian lebih baik daripada dengan seseorang yang tidak melakukan apa-apa”

“Lupa diri bila senang, tidak hargai

dan sindir isteri”

aliff syukri cerairumah tangga aliff syukrialiff syukri sindir isteridatin shahidaaliff syukri isterialiff syukri hargai isterialiff syukri

“Harap Datin Shahida bersabar”

aliff syukri isterialiff syukriSedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Ingat kembali saat manis dan susah senang bersama dan hargailah isteri tercinta. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini, semoga kemelut rumah tangga mereka menemui jalan penyelesaian yang terbaik.