April 10th, 2020

Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dikecam teruk apabila memuat naik keputusan semakan Bantuan Prithatin Nasional (BPN). Lebih membuatkan netizen bengang apabila Aliff meluahkan rasa sedih dan mempertikaikan mengapa permohonannya itu tidak lulus.

aliff syukri ingkar pkp

Rata-rata netizen mengatakan dia tidak bersyukur dan masih lagi mengharapkan bantuan meskipun sudah kaya raya. Biarlah BPN diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Bagaimanapun, Aliff berkata tindakannya membuat semakan itu sekadar mahu mencuba nasib sekiranya dia layak menerima bantuan kerajaan. Tidak ada salahnya untuk dia berbuat demikian.

aliff syukri sedih bpn tak lulus

Tak salah nak check kan? Ingatkan saya dapat. Jadi saya pun cuba nasib dengan menyemak kelayakan dalam talian.

Kalau dapat saya terima tapi sudah tertulis tak layak jadi saya akur. Cuma orang luar yang berlebihan menggembar-gemburkan perkara ini.

aliff syukri gaji rm3500

Terdahulu, Aliff berkata dalam keadaan yang cukup getir ketika ini, dia sebagai usahawan turut terkesan. Jualan perniagaannya merundum teruk sehingga 90 peratus sepanjang tempoh PKP. Dia berharap kerajaan dapat memberikan bantuan kepada peniaga sepertinya yang turut terjejas berikutan penularan wabak COVID-19.

Sumber Berita : mStar Online

April 10th, 2020

Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi dikecam netizen apabila dengan sengaja dilihat melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila memuat naik gambar percutian bersama anak-anak di Janda Baik, Pahang.

aliff syukri ingkar pkp

Aliff turut berkata dia sangat gembira kerana dapat pulang ke kampung untuk makan bersama anak-anak di kediaman ibunya, Rozita Ibrahim.

Rata-rata netizen bengang dengan tindakan jutawan kosmetik itu, perkara ini adalah tidak adil bagi mereka dan mahu pihak Polis Diraja Malaysia untuk ambil tindakan seadilnya.

“Kenapa netizen suka cari salah saya? Itu adalah gambar lama”

View this post on Instagram

Saya berasa amat sedih sangat apa yang saya buat sering dan selalu dipertikaikan natizen..sedangkan saya tidak kacau hidup orang pun. Sedangkan saya hanya duduk di @sugehhillresortjandabaik .. . Kadang kala gambar yang saya posting itu adalah gambar gambar yang lama. – – Tetapi saya sering dikecam dan dihina kononya suara tidak sedap sedangkan suara sy merdu.. suara macam babi, awak tidak berhak dapat duit, awak sombong. Semuanya. Menyanyi salah, berniaga salah, berjalan salah, makan dengan anak anak salah. – – Apakah sebenarnya rakyat Malaysia mahukan. Apa yang korang tidak puas hati dengan saya. Saya hanya sekadar berniaga sahaja. Kadang kadang orang tidak faham masalah saya, hanya nampak kelemahan dan keburukan saya. Tetapi orang tidak nampak kebaikan saya. – – Kepada anda yang ingin berniaga sila whatsapp pada no yang tertera. Senang nak buat duit Muslim carola ni boleh wussp manager sy Di bawah👇🏻👇🏻 Azah 0197790422 Rahimah ‭0173742851‬ Mashitah 0163227127

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Bagaimanapun, Aliff menerusi akaun Instagramnya memuat naik video penjelasan mengenai isu tersebut. Dia menafikan dakwaan melanggar arahan PKP, katanya foto serta video percutian bersama anak-anak yang dimuat naik adalah rakaman lama sebelum bermulanya tempoh PKP.

Aliff tidak faham mengapa netizen sering mencari kesalahannya, apa yang dia lakukan pasti ada yang tidak kena dan mencetuskan kontroversi.

“Boleh pula anak-anak dari Kota Damansara sampai sana, macam mana boleh lepas?”

aliff syukri ingkar pkp

aliff syukri ingkar pkp

aliff syukri ingkar pkp aliff syukri ingkar pkp

Namun, rata-rata netizen masih tidak berpuas hati. Menerusi video penjelasan yang dimuat naik, secara terang-terangan anak-anak memang bersama dengannya sedangkan ketika permulaan tempoh PKP mereka duduk dengan isterinya, Datin Seri Nur Shahida di Kota Damansara.

Sekali lagi, netizen mempertikaikan bagaimana usahawan itu boleh kemana-mana sahaja bersama anak-anak dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh PKP tahap 2 akan tamat, marilah kita sama-sama bersikap positif dalam mematuhi arahan dari pihak kerajaan untuk segera menghentikan penularan wabak COVID-19.

April 8th, 2020

Ramai orang di luar sana menerima dengan hati terbuka mereka tidak layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan tetap menyokong usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19. Malah, Ada yang sanggup mengeluarkan duit mereka sendiri sehingga puluhan ribu ringgit untuk membantu golongan susah.

aliff syukri sedih bpn tak lulus

Namun, lain pula buat jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang meluahkan rasa terkejut dan sedih apabila mengetahui permohonannya mendapatkan BPN tidak diluluskan.

Sedih tak dapat BPN

aliff syukri sedih bpn tak lulus

Menurutnya, dalam keadaan yang cukup getir ketika ini, dia sebagai usahawan turut terkesan. Jualan perniagaannya merundum teruk sehingga 90 peratus sepanjang tempoh PKP.

Dia berharap kerajaan dapat memberikan bantuan kepada peniaga sepertinya yang turut terjejas berikutan penularan wabak COVID-19.

“Berpuluh juga harta, sekarang nak mengemis. Tak bersyukur” – Netizen

aliff syukri sedih bpn tak lulus aliff syukri sedih bpn tak lulus aliff syukri sedih bpn tak lulus aliff syukri tak layak bpn aliff syukri tak layak bpn

Perkongsian Aliff itu seperti yang dijangka mengundang kecaman netizen. Rata-rata netizen berkata dia tidak bersyukur dan masih lagi mengharapkan bantuan meskipun sudah kaya raya. Biarlah BPN diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.