February 27th, 2019

Berita kecurangan Aliff Azizi buat kali kedua hari ini menggemparkan seluruh media sosial. Isterinya, Bella Astillah mendedahkan suaminya itu sudah seminggu tidak balik ke rumah dan didakwa berhibur sakan di kelab malam sehingga mabuk dengan seorang pelakon wanita baru, Oktovia Manrose.

Bella juga berkata ia bukan tuduhan semata-mata dan mempunyai bukti video Aliff dan Oktovia menari sakan.

Dikala pelbagai spekulasi mula tercetus, Aliff bagaimanapun belum bersedia untuk tampil memberikan sebarang komen mengenai isu beliau curang buat kali kedua.

Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini.

Terdahulu, sekitar dua tahun lalu, Aliff pernah ‘kantoi’ bermesra dan berdua-duaan dengan pelakon Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke. Namun, demi rasa kasih serta cinta dan juga anak sulung mereka, Bella membuat keputusan untuk memaafkan suaminya itu.  Aliff juga pernah berjanji tidak akan menyakiti hati isterinya lagi dan akan berusaha menjadi seorang suami dan bapa yang baik.

Sumber Berita : Harian Metro