Written by Bella | October 8th, 2019

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah meminta agar netizen tidak berfikiran kolot melihatnya masih berbaik dengan Aliff Aziz. Itu adalah haknya dan sedikit pun tidak kisah dengan tanggapan orang lain. Malah, Bella juga tidak menolak sekiranya mereka masih ada lagi jodoh bersama.

bella astillah aliff aziz keluar bersama

Sejak kebelakangan ini, Bella dan Aliff dikatakan sering keluar bersama. Terbaru, menerusi akaun Instagram, kedua-duanya dilihat memuat naik video yang sama ketika meluangkan masa bermain bowling.

aliff aziz bella astillah dating

Meskipun tidak menujukkan  wajah mereka berdua, menerusi muat naik tersebut ia memang jelas kelihatan Bella dan Aliff berada di tempat yang sama.

aliff aziz bella astillah rujukaliff aziz

Adakah ini bermakna cinta lama sudah kembali berputik? Apa-apa pun, semuanya terletak pada ketentuan takdir, kalau masih ada jodoh. Kalau ini yang buatkan Bella dan Aliff bahagia, teruskan sahaja dan jangan peduli dengan persepsi orang lain.

Written by Bella | September 29th, 2019

Nampaknya kontroversi melibatkan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz seakan tidak akan pernah berakhir. Dikala bekas isterinya, Bella Astillah mengatakan lelaki itu sedang berusaha berubah dan mendekati agama, timbul pula pendedahan mengenai perangai buaya darat Aliff.

aliff aziz

Menerusi laman Twitter, seorang wanita mendedahkan Aliff sebenarnya tidak pernah berubah dan masih lagi seorang ‘playboy’, ligat menggoda gadis-gadis di luar sana.

aliff aziz buaya darat

Baru beberap hari berkenalan, Aliff

terus luah rasa sayang

aliff aziz

Menurut wanita tersebut, mereka sebenarnya mula mengenali antara satu sama lain menerusi akaun Instagram. Pada masa itu, Aliff menjadikannya sebagai tempat untuk mencurahkan isi hati selepas melalui saat sukar bercerai dengan Bella pada Mei lalu.

aliff aziz playboy

Mereka terus berhubung dan apa yang membuatkan wanita itu pelik, Aliff terus meluahkan rasa kasih dan sayang padanya walaupun baru beberapa hari berkenalan, tanpa bertentangan mata dan hanya melalui mesej di Instagram.

aliff aziz bella astillahaliff azizaliff aziz bella astillah

Bukti perbualan

aliff azizaliff azizaliff aziz

“Once a cheater, always a cheater.

Bella jangan tertipu lagi”

aliff aziz curangaliff aziz buaya darataliff azizWow, memang panas betul pendedahan terbaru tentang Aliff Aziz. Manusia boleh berubah antara mahu atau tidak, apatah lagi bekas isteri sudah begitu baik hati terus menyokong Aliff untuk menjadi insan lebih baik. Jangan nanti Bella terus tawar hati dan “give up”.

 

Written by Bella | September 27th, 2019

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah meminta agar netizen tidak berfikiran kolot melihatnya masih berbaik dengan Aliff Aziz. Itu adalah haknya dan tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

bella astillah gila glamor

Bella berkata tidak mahu bermusuhan dengan bekas suaminya itu dan siapa tahu kalau mereka masih ada lagi jodoh bersama.

bella astillah gila glamor

Namun, rata-rata netizen sudah seakan bosan dengan Bella. Mengapa wanita itu masih tidak serik disakiti dan seakan memperbodohkan diri sekiranya dia benar mahu kembai bersama Aliff.

“Kalau Bella terima Aliff balik

memang bodoh”

bella astillah dikecam bella astillah aliff azizbella astillah dikecam

“Lepas ini kalau Aliff curang lagi tak

payah update ‘story’ bagai”

bella astillah dikecam bella astillahbella astillahApa-apa pun, semuanya terletak pada ketentuan takdir, kalau masih ada jodoh. Bila saat itu tiba, biarlah Bella buat keputusannya sendiri.

Written by Bella | September 26th, 2019

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi dan pelakon Bella Astillah membuat Live di Instagram bersama bekas suami Aliff Aziz. Rata-rata netizen sudah meluat dengan aksi mereka berdua dan mengatakan Bella hanya ingin meraih publisiti murahan.

bella astillah

Bella bagaimanapu menjelaskan, tiada salahnya untuk dia berbuat demikian kerana ia adalah salah satu cara untuk dia memulihkan semangat bekas suaminya itu. Tidak timbul langsung isu rujuk semula.

Netizen ada pendapat masing-masing tapi saya tak kisah mereka tak selesa sebab kalau tak suka, boleh sahaja meninggalkan IG Live kami. Lagipun, saya tak nak orang kata saya membenci Aliff.

aliff aziz bella astillah

Dia perlukan sokongan, memang dia ada keluarga tapi apa salahnya saya beri sokongan dan semangat memandangkan dia tetap ayah kepada anak kami.

Menurut Bella, apa yang berlaku sebelum ini membuatkan Aliff hilang keyakinan diri. Bagaimanapun dia sedang berusaha untuk berubah dan mendekatkan diri dengan agama.

bella astillah aliff aziz live

Alhamdulillah, saya lihat keadaan Aliff semakin baik dan dia ada masuk kelas agama serta mengaji. Bagi saya, ia sesuatu yang baik dan boleh mendorong ke arah kebaikannya juga.

Apabila kita buat baik, sudah tentu Allah akan balas dengan benda baik. Tapi itu saja yang saya tahu mengenai dia.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.  Namun, selepas Aliff beberapa kali berlaku curang, mereka akhirnya bercerai pada 16 Mei lalu.

Sumber Berita : mStar Online