Written by Bella | October 21st, 2019

Tidak dinafikan perceraian Bella Astillah dan Aliff Aziz sehingga hari ini masih lagi menjadi bual bicara meskipun mereka sudah lima bulan berpisah. Namun, disebalik penderitaan yang ditanggung sebelum ini, ia membuka peluang untuk Bella kembali aktif dalam dunia hiburan.

bella astillah aliff aziz

Ramai juga menganggap rezeki dan peluang diraih adalah ganjaran terhadap kesabarannya sebelum ini. Bagaimanapun, Bella berkata tidak adil untuk orang ramai terus menyalahkan bekas suaminya itu sedangkan dirinya juga tidak sempurna.

Saya anggap peluang yang datang ini sebagai rezeki dan tuah anak. Tidak adil untuk salahkan Aliff kerana hidup ini ibarat putaran roda. Mungkin hari ini saya di atas, tetapi esok lusa, saya tidak tahu apa nasib diri.

bella astillah aliff aziz keluar bersama

Saya juga tidak sempurna. Apabila saya terus memberikan kata semangat dan dorongan kepada Aliff, ia bukan bererti saya kuat. Saya cuba berusaha membantunya apa yang termampu. Saya percaya, jika kita berbuat baik kepada orang lain, insya-Allah, kebaikan akan kembali datang kepada kita.

Dalam pada itu, Bella memberitahu dia selesa dengan kehidupannya sekarang sebagai ibu tunggal dan tidak terburu-buru mencari cinta baharu.

bella astillah

Sukar untuk saya mulakan hubungan baharu. Saya juga bukan jenis yang mudah menerima kehadiran orang baharu, apatah lagi saya semakin selesa dengan kehidupan sebagai ibu tunggal. Biarpun tanpa suami di sisi, hidup saya tidak kosong kerana keluarga sentiasa ada bersama.

Terdahulu, timbul desas-desus cinta Bella dan Aliff kembali berputik selepas mereka berdua sering kelihatan keluar bersama. Sebelum ini, Bella juga pernah meminta agar netizen tidak berfikiran kolot melihat mereka masih berbaik. Itu adalah haknya dan sedikit pun tidak kisah dengan tanggapan orang lain. Malah, Bella juga tidak menolak sekiranya mereka masih ada lagi jodoh bersama.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | October 8th, 2019

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah meminta agar netizen tidak berfikiran kolot melihatnya masih berbaik dengan Aliff Aziz. Itu adalah haknya dan sedikit pun tidak kisah dengan tanggapan orang lain. Malah, Bella juga tidak menolak sekiranya mereka masih ada lagi jodoh bersama.

bella astillah aliff aziz keluar bersama

Sejak kebelakangan ini, Bella dan Aliff dikatakan sering keluar bersama. Terbaru, menerusi akaun Instagram, kedua-duanya dilihat memuat naik video yang sama ketika meluangkan masa bermain bowling.

aliff aziz bella astillah dating

Meskipun tidak menujukkan  wajah mereka berdua, menerusi muat naik tersebut ia memang jelas kelihatan Bella dan Aliff berada di tempat yang sama.

aliff aziz bella astillah rujukaliff aziz

Adakah ini bermakna cinta lama sudah kembali berputik? Apa-apa pun, semuanya terletak pada ketentuan takdir, kalau masih ada jodoh. Kalau ini yang buatkan Bella dan Aliff bahagia, teruskan sahaja dan jangan peduli dengan persepsi orang lain.