Written by Bella | November 20th, 2018

Kakak mana yang sanggup melihat adiknya terus dikecam dan merasa sakit hati apatah lagi dimalukan ketika siaran langsung sebuah program popular. Itulah juga yang dirasai oleh kakak kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noorhayati Kamarzaman ataupun lebih mesra dipanggil Yatie.

Yatie yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi menasihati adiknya tidak lagi menaja sebarang program TV selepas ini dan hanya fokus berniaga senyap-senyap untuk mengelak daripada terus dikecam.

Tidak mahu Aliff terus tertekan lagi, Yatie meminta agar jutawan kosmetik itu mendegar nasihatnya itu. Kata Yatie, bukan semua orang mampu memahami cara tersendiri seseorang itu berniaga dan beliau tidak sampai hati melihat Aliff sering dikritik.

Bak kata pepatah, cubit paha kanan paha kiri pun terasa. Segala nasihat yang diberikan oleh kakak Aliff itu ada betulnya. Segala yang sudah berlaku di masa lalu mungkin tidak boleh diubah, tetapi kita boleh elak agar pekara itu tidak berulang lagi di masa hadapan. Harapnya Aliff mendengar segala nasihat yang diberikan oleh kakaknya itu.

Written by Bella | November 19th, 2018

Selepas dilanda kontroversi tersalah cakap mempersenda wajah seorang wanita dan meghina warna kulit orang lain, Datuk Seri Aliff Syukri tidak lagi hadir ke konsert Gegar Vaganza 5.

Namun, untuk malam final program tersebut, Aliff membuat kemunculan semula di GV5 dengan membuat persembahan menyampaikan lagu terbarunya, Biar Apa Orang Kata.

Hanya sekadar ‘miming’, beliau hanya diberikan waktu yang agak pendek untuk mempromosikan lagunya itu. Walaubagaimanapun, Aliff menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kecewa dengan layanan yang diterima di GV5.

Aliff berkata beliau merasa cukup malu dan terhina. Sudah melaburkan wang berjuta ringgit sebagai penaja utama, beliau sepatunya layak mendapat layanan lebih baik.

Mungkin juga pihak penerbit program tidak mahu sebarang kontroversi timbul lagi dan membuat keputusan untuk memendekkan tempoh promosi. Untuk kebaikan kedua-dua belah pihak juga kan? Apa pula komen anda mengenai isu ini?

Kredit Video : Astro Gempak