June 5th, 2018

Sekian lama bersengketa,akhirnya Fasha Sandha minggu lalu mengumumkan beliau dan Nora Danish sudah berdamai demi kebaikan anak-anak mereka yang mempunyai talian persaudaraan dan demi  keharmonian keluarga kedua-dua belah pihak.

Menerusi akaun Instagramnya, Nora yang bersyukur akhirnya masalah antara mereka bertemu nokhtanya memuat naik perjanjian mahkamah antara mereka berdua.

Nora berharap Fasha dapat memenuhi setiap ‘aku janji’ yang telah dipersetujui pada sesi mediasi yang berlangsung pada 22 Mei lalu.

Fasha akui keputusan beliau untuk berdamai dengan Nora bukanlah paksaan daripada mana-mana pihak. Segala isu dan kemelut beliau bersama Nora sudah tamat dan tidak akan memberikan sebarang komen lagi berhubung perkara tersebut.

Advertisement