February 23rd, 2015

Baru-baru ini, timbul desas-desus bahawa hubungan cinta antara pelakon Bukan Aku Tak Cinta iaitu Sharnaaz Ahmad dengan pelakon Anis Al-Idrus telah putus kerana satu gambar dan status yang dimuat naik oleh pelakon itu ke akaun Instagramnya.
 photo Sha-Anis-Al-Idrus.jpgStatus itu dimuat naik selepas Sharnaaz menghantar satu tweet ucapan tahniah buat bekas teman wanita Shila Amzah atas persembahan penyanyi itu untuk Anugerah Juara Lagu ke-29. Sehubungan itu juga Anis dikatakan telah memadam kesemua gambar Sharnaaz dari akaun Instagram miliknya.

Melalui Melodi TV3 semalam, Sharnaaz bagaimanapun berkata dia tidak boleh mengaku sudah putus cinta kerana tidak pernah mengaku bercinta dengan Anis.

Saya tak pernah pun mengaku pada semua yang saya bercinta. Jadi mengapa saya nak mengaku pula yang saya dah putus? 2015, saya nak fokus kepada kesihatan saya dan karier saya.

Saya seperti lelaki di luar sana yang ada naluri untuk ada isteri dan ada anak. Bila saya tua ada orang yang jaga saya.

Sampai masanya Insha-Allah.

Mungkin benar juga katanya itu. Mungkin dia tidak pernah bercinta dengan Anis atau mungkin kerana putus percintaan dengan Shila Amzah dan kisah itu mendapat liputan meluas pihak media, Sharnaaz mengambil pendekatan untuk tidak mengumumkan percintaan dengan Anis.

Bagaimanapun, tiada penafian telah dibuat sebelum ini biarpun kisah percintaannya dengan Anis mendapat liputan di blog-blog gosip.

Atau mungkin juga masih bercinta dengan Anis Al-Idrus jadi takkan nak ngaku sudah putus, ya tak? Apa saja saja kemungkinan sudah dan boleh berlaku.

Mungkin kerana itu Sharnaaz mengambil keputusan untuk mengurangkan kontroversi dan lebih fokus kepada perkara lain yang positif.

Tahun lepas menyaksikan peningkatan dalam kerjaya Sharnaaz setelah beliau muncul dalam beberapa filem dan drama yang menaikkan namanya. Di Instagram juga, Sharnaaz lebih banyak memuat naik gambar sedang membina badan di gimnasium miliknya.

All the best buat Sharnaaz.

March 27th, 2013

Jarang juga filem tempatan menampilkan aksi di ranjang. Dan biasanya aksi ranjang dalam filem pastinya disusuli kontroversi.

Ini pernah berlaku pada filem Ombak Rindu misalnya, dan filem-filem sebelumnya yang sepertinya. Kontroversi terbaru yang melibatkan aksi ranjang dalam filem ialah melalui filem Mencari Cinta . Dalam treler filem ini, jelas ditampilkan satu senario di mana pelakon lelakinya, Rusdi Ramli memeluk Nora Danish di atas ranjang dengan mesra.
Tidak pasti apa sebenarnya signifikan aksi seperti ini dalam filem Melayu. Mungkin ini satu cara menarik perhatian penonton kepada filem lantas mereka akan menontonnya? Apa pun, Rusdi Ramli awal-awal lagi menyatakan kepada Harian Metro yang dia hanya mengikut tuntutan pengarah untuk menjayakan filem tersebut.

Tidak dinafikan melalui sedikit prebiu melalui treler, lakonan Rusdi dan hot mama Nora nampak realistik, seperti suami isteri yang sebenar lagaknya. Dan memang juga tugas para pelakon untuk membawa dan menghidupkan watak mereka sebaik mungkin.

Filem Mencari Cinta diarahkan oleh Shirin Khuzaimi dan dijangka mulai ditayangkan pada 25 April ini.

Bagi yang masih belum menonton, boleh saksikan treler filem Mencari Cinta di bawah:-

***