February 18th, 2015

Akhirnya setelah sekian lama berteka-teki, malu-malu kucing dan tidak meluahkan isi hati secara terbuka, pagi tadi Akim Ahmad telah membuat pengakuan tentang perasaannya terhadap Stacy. Umum mengetahui yang mereka berdua memang rapat namun sehingga ke hari ini apabila ditanya status mereka, jawapan yang diberikan hanyalah ‘kawan rapat’. Namun itu semua telah berubah apabila Akim Ahmad mengakui wujud perasaan cinta dalam dirinya terhadap Stacy.

akim dan stacy

Ini adalah kata-kata yang diluahkan oleh Akim ketika ditemuramah di Johara Pagi Era:-

Saya sebenarnya dengan Stacy ni memang kitorg rapat dan memang sangat rapat dan saya boleh katakan perasaan itu adalah perasaan cinta. Alhamdulillah, perasaan itu saya dapat rasakan dan dia pun dapat rasa kan dan semoga hubungan kami dapat restu dari semua orang dan saya harap Stacy akan terbuka hati satu hari nanti

 


Tahniah diucapkan kepada Akim dan Stacy. Baguslah tahun 2015 masing-masing dah mengaku perasaan masing-masing. Rasanya semua orang pun suka dengan anda berdua. Semua pun akan merestui percintaan anda. Semoga ia akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan.

July 4th, 2013

Rasanya semua orang tahu mengenai hubungan mesra antara Akim Ahmad dan Stacy. Namun kedua-dua mereka tidak pernah mengaku mempunyai hubungan lebih daripada kawan. Namun sebentar tadi menerusi Instagram, Akim dilihat meluahkan rasa cintanya terhadap Stacy.
akim ahmad akui cinta stacy

Gambar di atas telah pun dikongsi oleh Stacy menerusi akaun Instagramnya. Dan Akim Ahmad dengan pantas telah meninggalkan komen yang seolah-olah mengakui rasa cintanya terhadap Stacy.
akim ahmad akui cinta stacy

Kebanyakan peminat Akim dan Stacy melahirkan rasa gembira dan terharu dengan ke”sweet”an Akim. Namun tidak diketahui pula sama ada komen Akim hanya sekadar gurauan atau benar-benar serius.

akim ahmad akui cinta stacy

Kalau betul-betul cinta, Akim perlu berjumpa dengan Stacy dan meluahkan isi hati secara face to face. Kena cepat sebab Stacy tue comel orangnya. Pasti ramai peminat. Nanti kena ambil dek orang lain. Sama-samalah kita nantikan sama ada pengakuan ini hanya gurauan atau sememangnya pengakuan serius daripada Akim.

P.S: Datsun kembali meriahkan dunia automatif

February 23rd, 2011

stacy akim

Mesra semacam je Abang Nara tengok si Akim dengan Stacy ini. Siap main suap-suap aiskrim Cornetto lagi. Dengar khabar-khabar angin bahawa diorang berdua ini bercinta. Benar atau tidak, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Tapi kalau betul, memang sangat sweet kedua-duanya. Comel dan memang sangat padan sesama sendiri.

stacy akim

Apa pun Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Akim dan Stacy yang dilantik menjadi Duta Walls Cornetto baru. Sesuai sangat dengan tema “Lafazkannya dengan stail Cornetto”. Dan yang terbaru, Cornetto dah ada perisa baru yang diberi nama Cornetto Royale Mixed Berry. Nampak macam sedap dan lazat pulak namanya.

stacy akim

Kalau korang nak menggunakana artis seperti Stacy, Akim, Ana Rafali, Shila dan Tomok untuk meluahkan perasaan anda kepada si dia yang tersayang, belilah aiskrim Cornetto dan gunakan mata terkumpul daripada penutup aiskrim Cornetto untuk membida artis kegemaran anda. More info boleh klik sini.

stacy akim

Apa pendapat korang kalau betul Akim dan Stacy bercinta? Ok ke Ko?