April 21st, 2018

Sejak semalam, Twitter kecoh apabila satu gambar lucah kemaluan lelaki telah dimuat naik ke Instagram Story akaun Instagram rasmi Zul Ariffin.

Gambar itu menjadi viral dengan ramai para gadis cuba memintanya dari ramai pengguna Twitter, malah ada yang membuat tanggapan ia gambar kemaluan Zul yang dimuat naik tanpa sengaja ke Instagram Story selama dua minit sebelum dipadamkan.

Kepada Harian Metro, Zul membuat penjelasan bahawa gambar itu angkara penggodam dan dia terkejut mendapati mereka memuat naik gambar lucah ke Story akaunnya:

 

Selalunya ‘hackers’ akan mencuri akaun dan menukar kata laluan. Tetapi gambar anu pula dimuat naik di akaun Instagram saya.

Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk respons perkara ini kerana saya tidak tergamak memalukan diri dengan memuat naik gambar kemaluan.

Saya terduduk apabila dihujani panggilan dan mesej daripada rakan-rakan yang terkejut saya berani memuat naik gambar sedemikian.

Zul memadam gambar itu sebaik saja diberitahu mengenainya oleh kawan:

Kalau kawan saya tidak hubungi pasti banyak lagi gambar yang akan dimuat naik. Saya sudah menukar kata laluan supaya ‘hackers’ tidak dapat menembusi akaun peribadi saya.

Agak-agaklah saya nak muat naik gambar anu di IG. Saya seorang yang sangat berhati-hati ketika memuat naik gambar atau meletak kapsyen kerana sosial media ini segala benda pantas menjadi viral kalau ada yang tidak kena.

Saya nak muat naik gambar yang nampak lutut pun saya berhati-hati, inikan pula gambar anu. Saya belum gila nak buat itu semua.

Zul kini fobia dengan Instagram dan akan lebih berhati-hati memuat naik apa saja gambar ke akaunnya itu:

Sebenarnya sudah beberapa kali IG saya pernah hampir digodam tetapi mereka tidak berjaya menembusinya.

Pernah dulu beberapa kali akaun saya tidak boleh dibuka, namun dengan bantuan kelab peminat mereka berjaya mendapatkan semula IG saya kerana saya tidak terlalu mahir menggunakan sosial media ini.

Tak sangka selepas beberapa kali mereka cuba menceroboh akhirnya gambar anu yang dimuat naik.

Zul tidak berhasrat membuat laporan polis,  sebaliknya, aduan sudah dibuat olehnya kepada Instagram:

Kalau saya buat laporan polis belum tentu dapat mengenal pasti dalang yang menceroboh akaun saya.

Saya juga tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan hina ini. Kalau saya tahu senang untuk saya buat laporan.

 

Sebelum ini, bekas teman wanitanya Zahirah Macwilson menafikan dia ada kena-mengena dengan perbuatan menggodam akaun Zul seperti yang dispekulasi oleh Netizen. – beautifulnara.com

September 13th, 2017

Sudah menjadi lumrah zaman telefon pintar masa kini, hampir semua orang punya akaun media sosial sendiri. Baik di Facebook, Twitter dan Instagram, selebiriti menggubakan sepenuhnya platform ini untuk menghebahkan aktiviti seharian dan berinteraksi secara terus dengan peminat-peminat mereka.
amyramarjr
Namun begitu, kini seolah-olah satu trend bagi selebriti untuk mencipta akaun media sosial anak mereka. Pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya misalnya telah mencipta akaun media sosial untuk Lara Alana dan ia menyebabkan Lara menjadi begitu popular di kalangan Netizen.

Pada usia masih kanak-kanak, Lara sudah ada pendapatan sendiri dan membayar cukai seperti rakyat Malaysia yang lain. Hebat, kan?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Namun begitu, satu akaun di Instagram kini menjadi bualan Netizen kerana dikatakan ia ialah akaun Instagram anak Amyra Rosli yang bakal lahir Oktober ini. Akaun itu menggunakan nama pengguna @amyramarjr diletak dalam mod peribadi dan nampaknya ia sudah mempunyai 20 gambar.

Walau begitu, ia sudah mempunyai lebih 14, 300 pengikut. Bayangkan jika anak itu sudah lahir nanti, pasti mencanak-canak jumlah pengikutnya!


Tweet mendapat lebih 11, 000 retweets. Walaubagaimanapun, reaksi Netizen sebenarnya tidak begitu positif.

Screen_Shot_2017-09-13_at_9.47.49_AM

Screen_Shot_2017-09-13_at_9.48.20_AM
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada akaun Instagram tersebut memang telah dicipta sendiri oleh Amyra dan Amar. Boleh jadi juga ia dibuat oleh individu yang berhasrat menggunakannya untuk mengumpul pengikut bagi tujuan promosi perniagaan.

Mungkin kita patut menunggu penjelasan mereka sendiri.-beautifulnara.com

December 23rd, 2014

Sekiranya anda mengikuti perkembangan bayi Awal Ashaari dengan isterinya Scha Al-Yahya, mungkin ada ialah salah seorang pengikut Instagram Lara Alana. Namun tup-tup baru-baru ini akaun Instagram itu tidak kelihatan lagi. Ke manakah ia menghilang agaknya?

A photo posted by Awal Ashaari (@awalashaari) on

Buat masa ini saya peribadikan seketika akaun Lara. Ini kerana terlalu banyak orang yang berbalah di ruangan komen. Mereka bergaduh sesama sendiri. Orang tidak menjual barang atau meniaga di situ, sebaliknya bergaduh. Jadi saya ambil pendekatan memadam semua pengikut, menukar nama Instagram Lara dan mahu berehat seketika. Buat masa ini biar saya tunggu dan fikir dahulu sama ada mahu menjadikan Instagram Lara ‘public’ semula atau biarkan ‘private’ sahaja. Itu adalah Instagram seorang anak kecil. Segelintir orang di luar sana begitu cepat menghakimi dan menghukum. Saya suka berkongsi. Bila orang suka dan sayang Lara, perkara itu menyenangkan hati saya. Ada juga sesetengah orang mempertikaikan kredibiliti saya sebagai seorang bapa. Jadi buat masa ini biarlah saya dan Scha senyapkan dahulu dan berfikir apa yang mahu dilakukan seterusnya.

Entahlah mengapa pergaduhan antara pengikut sering berlaku di ruangan komen Instagram para artis sehingga ia kini satu lumrah di mana-mana akaun Instagram artis yang popular. Mungkin Awal telah mengambil tindakan yang betul kerana bayi Lara tidak mengerti apa-apa dan tidak perlu menjadi punca perang komen antara pengikut.

Dalam pada itu, sebelum ini Awal pernah disalah erti mengeluarkan komen tentang senario industri hiburan yang lebih mengutamakan pelawak sebagai pengacara anugerah atau program. Menerusi ruangan gosip Berita Harian pada Ahad, khabarnya pasangan suami isteri ini telah disenarai hitam oleh pihak Astro kerana dakwaan telah melanggar kontrak. Awal memberikan penjelasan kepada portal GUA:

Saya tak tahu menahu mengenai hal tersebut. Selepas ada seorang rakan artis memaklumkan kepada saya, barulah saya membeli akhbar dan membaca berita tersebut. Saya belum sempat lagi berborak dengan Scha mengenai perkara ini. Saya tak dapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara tersebut tetapi baru-baru ini, Scha baru sahaja selesai menjalani sebuah penggambaran untuk drama Astro.

Dia juga tidak tahu bagaimana cerita itu boleh tercetus:

Saya tak tahu macam mana cerita tersebut boleh keluar. Sama ada cerita itu timbul kerana buah mulut orang atau cerita itu terjadi kerana ada yang tidak berpuas hati dengan cara kerja kami suami isteri. Setakat ini tiada hitam putih yang menyatakan kami digam. Saya sedia berbincang mengenai isu gam ini. Perihal gam ini sangat besar dalam karier seseorang artis. Kalau benar digam, itu ibarat periuk nasi ditutup dan saya tak mahu perkara ini berlaku.

Sememangnya benar yang artis digam akan mengalami masalah untuk mendapatkan peluang memberikan khidmat kepada industri. Sekiranya terdapat sebarang salah faham mungkin ia perlu diselesaikan antara pihak stesen televisyen dengan Awal Ashaari dalam kadar segera. Mengikut pemerhatian kami, kadang kala stesen televisyen mengambil pendekatan berdiam diri sekiranya menyenarai hitamkan artis, kecuali dalam kes Hanez Suraya di mana Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar secara terbuka menyatakan tidak akan mengambil artis yang menimbulkan kontroversi dan tidak disukai orang ramai.