“Saya Belum Gila Nak Muat Naik Gambar ‘Anu’ Ke IG” – Zul Ariffin

“Saya Belum Gila Nak Muat Naik Gambar ‘Anu’ Ke IG” – Zul Ariffin

Sejak semalam, Twitter kecoh apabila satu gambar lucah kemaluan lelaki telah dimuat naik ke Instagram Story akaun Instagram rasmi Zul Ariffin.

Gambar itu menjadi viral dengan ramai para gadis cuba memintanya dari ramai pengguna Twitter, malah ada yang membuat tanggapan ia gambar kemaluan Zul yang dimuat naik tanpa sengaja ke Instagram Story selama dua minit sebelum dipadamkan.

Advertisement

Kepada Harian Metro, Zul membuat penjelasan bahawa gambar itu angkara penggodam dan dia terkejut mendapati mereka memuat naik gambar lucah ke Story akaunnya:

 

Selalunya ‘hackers’ akan mencuri akaun dan menukar kata laluan. Tetapi gambar anu pula dimuat naik di akaun Instagram saya.

Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk respons perkara ini kerana saya tidak tergamak memalukan diri dengan memuat naik gambar kemaluan.

Saya terduduk apabila dihujani panggilan dan mesej daripada rakan-rakan yang terkejut saya berani memuat naik gambar sedemikian.

Zul memadam gambar itu sebaik saja diberitahu mengenainya oleh kawan:

Kalau kawan saya tidak hubungi pasti banyak lagi gambar yang akan dimuat naik. Saya sudah menukar kata laluan supaya ‘hackers’ tidak dapat menembusi akaun peribadi saya.

Agak-agaklah saya nak muat naik gambar anu di IG. Saya seorang yang sangat berhati-hati ketika memuat naik gambar atau meletak kapsyen kerana sosial media ini segala benda pantas menjadi viral kalau ada yang tidak kena.

Saya nak muat naik gambar yang nampak lutut pun saya berhati-hati, inikan pula gambar anu. Saya belum gila nak buat itu semua.

Zul kini fobia dengan Instagram dan akan lebih berhati-hati memuat naik apa saja gambar ke akaunnya itu:

Sebenarnya sudah beberapa kali IG saya pernah hampir digodam tetapi mereka tidak berjaya menembusinya.

Pernah dulu beberapa kali akaun saya tidak boleh dibuka, namun dengan bantuan kelab peminat mereka berjaya mendapatkan semula IG saya kerana saya tidak terlalu mahir menggunakan sosial media ini.

Tak sangka selepas beberapa kali mereka cuba menceroboh akhirnya gambar anu yang dimuat naik.

Zul tidak berhasrat membuat laporan polis,  sebaliknya, aduan sudah dibuat olehnya kepada Instagram:

Kalau saya buat laporan polis belum tentu dapat mengenal pasti dalang yang menceroboh akaun saya.

Saya juga tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan hina ini. Kalau saya tahu senang untuk saya buat laporan.

 

Sebelum ini, bekas teman wanitanya Zahirah Macwilson menafikan dia ada kena-mengena dengan perbuatan menggodam akaun Zul seperti yang dispekulasi oleh Netizen. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...