June 8th, 2015

Menyimpan hasrat untuk memiliki Hanis Zalikha sejak dibangku sekolah lagi, Hairul Azreen merasa syukur kerana beliau sudah mendapat wanita idamannya selama ini sebagai isteri yang sah dalam satu majlis pernikahan yang diadakan tanggal 5 Jun Jumaat lalu di kediaman keluarga Hanis di Bukit Jelutong.

Hairul yang ketika itu baru berusia 16 tahun mengakui hatinya pantas mahu memiliki Hanis sejak dahulu lagi. Namun, faktor jarak dimana beliau duduk di Serdang manakala Hanis pula di Subang Jaya membataskan pergaulan mereka. Beberapa tahun selepas itu, mereka bertemu kembali selepas Hairul menjuarai Fear Factor musim pertama disamping Dazrin.  Dazrin juga yang sebenarnya menemukan Hairul dan Hanis kembali.

Sejak dahulu memang dialah wanita idaman saya. Selepas beberapa tahun terpisah, kami bertemu kembali selepas saya menang Fear Factor pada 2013. Melalui Dazrin juga yang membintangi drama Jodoh dengan dia, saya berhubung menerusi telefon bimbitnya. Daripada situ hubungan kami bertaut kembali dan saya cuba memenangi hatinya semula. Dalam tempoh kami terpisah itu, saya akui ada menjejakinya.

Dia ada menang beberapa pertandingan tapi mungkin dia tak pandang saya lagi. Tapi siapa sangka, semuanya bagai takdir indah buat kami berdua. Sebab itu saya berani lamar dia kerana yakin dialah pilihan tepat saya untuk sehidup semati.

Cuma tak dinafikan ketika gimik lamaran Januari lalu diperkatakan ketika berlangsungnya pertandingan akhir GegarVaganza, kami dikecam. Malah ada yang anggap saya hanya main-main ketika itu. Tapi Alhamdulillah saya sebenarnya ikhlas mencintai dia dan membuktikan apa yang saya lakukan ini menjadi realiti.

Berbicara mengenai destinasi bulan madu mereka, Hairul bagaimanapun enggan mendedahkan lokasinya kerana ingin membuat kejutan buat isterinya itu.

Insya-Allah selepas raya nanti kami akan berbulan madu. Lokasinya memang Hanis tak tahu dan ia antara tempat yang saya mahu jejak bersamanya untuk 15 hari.

Inilah yang dikatakan kalau sudah jodoh pasti tidak kemana bukan? Apa yang penting peliharalah hubungan kalian dengan baik dan sering bertolak ansur dalam hubungan rumah tangga. Jangan pernah berkasar dengan isteri, perempuan ini hatinya lembut kalau bercakap elok-elok InshaAllah akan reda sedikit amarah di hatinya.

Sumber Berita: Berita Harian

June 5th, 2015

Hanis Zalikha telah sah bergelar isteri kepada Hairul Azreen hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Bukit Jelutong pada jam 3.50 petang tadi.

Hanis telah menerima mas kahwin bernilai RM 300 serta wang hantaran berjumlah RM91,019.90, yang memberikan simbolik tarikh lahirnya sendiri iaitu 9 Oktober 1990. Pihak pengantin wanita menyerahkan 11 dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin lelaki.

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan ini fasa baharu yang akan ditempuhi saya bersama suami. Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma semestinya memberi sisi tersendiri buat kami berdua. Terima kasih kepada yang sudi hadir.

Sanak saudara dan juga rakan selebriti seperti Diana Danielle, Yasmin Hani dan Datin Nina Juren turut hadir dalam majlis yang cukup meriah dan menjadi saksi ikatan cinta dua hati yang telah menjadi satu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh  bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali selepas solat Jumaat pada jam 3.50 petang. Majlis resepsi mereka akan dilangsungkan tanggal 14 Jun ini di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, semoga kekal sehingga akhir hayat. InshaAllah.

Berikut kami sertakan beberapa foto sekitar majlis akad nikah Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Lihat dengan membaca entri ini sepenuhnya.