February 11th, 2020

Walaupun pentas Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) telah melabuhkan tirainya, masih hangat lagi diperkatakan mengenai kontroversi persembahan beberapa finalis.

drama band aina abdul disekat dari youtube

Antaranya persembahan Drama Band yang penuh sindiran dan juga gimik gaun berdarah Aina Abdul yang dianggap keterlaluan. Ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang mendakwa persembahan mereka menyentuh isu sensitif dan memberikan impak negatif kepada masyarakat.

Bukan itu sahaja, persembahan kedua-dua finalis itu dianggap sudah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh stesen televisyen.

drama band sindir ajl34

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak menjelaskan pihaknya terpaksa ‘menggantung’ video persembahan Drama Band dan Aina Abdul di YouTube TV3 berikutan kontroversi terhadap gimik persembahan melampau.

Pihak penganjur AJL 34 menegaskan mereka tidak tahu sepenuhnya tentang gimik sesetengah persembahan pada malam anugerah tersebut.

aina abdul sumpah ajl34

Sebagai program siaran langsung, sukar untuk kami mengawal apa yang dilakukan artis di pentas. Perkara itu akan kami jelaskan kepada CMCF.

Buat masa ini, kami terpaksa menyekat persembahan Aina dan Drama Band di YouTube supaya tidak menimbulkan pertikaian lagi. Selepas keputusan semakan itu, barulah pihak stesen membincangkan tindakan selanjutnya.

Terdahulu, persembahan Aina Abdul didakwa membawa mesej bunuh diri apabila terdapat adegan tikam dada sehingga darah mencurah keluar. Untuk Drama Band pula, mereka dikatakan menyentuh isu sensitif berkaitan politik.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
February 10th, 2020

Persaingan di Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34) yang berlangsung semalam memang cukup sengit. Setiap lagu yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing termasuklah cara penyanyi yang berusaha sehabis baik untuk membuat persembahan memukau. Namun, seperti biasa tidak ada sebuah pun majlis anugerah di Malaysia ini yang dapat memuaskan hati semua pihak.

ernie zakri

Kemenangan Hafiz Suip untuk Vokal Terbaik dipertikai oleh peminat Ernie Zakri. Menurut mereka, penyanyi wanita itu lebih layak untuk mengungguli anugerah tersebut kerana memiliki suara lunak dan vokal mantap.

Ernie lebih layak menang Vokal Terbaik

ernie zakri ajl34

ernie zakri ajl34

ernie zakri ajl34

ernie zakri ajl34

ernie zakri ajl34

Komen ketua juri AJL34

Selaku ketua juri AJL34, komposer dan penyanyi terkenal Ajai tampil memberikan penjelasan mengapa pihak juri memilih Hafiz sebagai pemenang Vokal Terbaik.

Menurut mereka, Hafiz bukan sahaja mempunyai aura tersendiri tetapi teknik nyanyiannya luar biasa.

ernie zakri anugerah juara lagu 34

Suka atau tidak, keputusan telah pun dibuat dan pastinya pihak juri profesional dalam industri muzik tempatan lebih arif untuk menilai siapa lebih layak untuk memenangi anugerah tersebut. Tidak perlu kita berbalah dan anggap sahaja tahun ini tiada rezeki untuk Ernie.

Advertisement
February 10th, 2020

Kemunculan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membuat kejutan di pentas Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) dengan menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof, membuatkan peminat merasa teruja dan mendapat sorakan ramai.

siti nurhaliza ajl34 siti nurhaliza kejutan ajl34

Ramai yang tidak sangka bahawa Siti Nurhaliza muncul dipertengahan persembahan dan menghangatkan lagi suasana di anugerah tersebut.

Namun, penonton di rumah menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mikrofon penyanyi itu tidak berfungsi sewaktu memulakan nyanyian. Mengganggu momen paling istimewa dan bermakna.

 

 

Rata-ratanya berpendapat kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku kerana AJL 34 merupakan pentas berprestij.

siti nurhaliza ajl34

siti nurhaliza ajl34

siti nurhaliza ajl34

siti nurhaliza ajl34Berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam AJL, lagu tersebut dipersembahkan oleh Bob. Terdahulu, Siti Nurhaliza dilaporkan masih belum membuat keputusan untuk muncul di AJL34 dan kemunculannya semalam mengimbau kembali nostalgia ketika dia bertanding di anugerah tersebut.

Kredit Foto : Aqo Imran & Muzik Muzik Official

Advertisement
February 10th, 2020

Nampaknya kumpulan Drama Band, masih tidak serik dan buat hal lagi apabila menggunakan kontroversi babitkan selebriti lain untuk popularkan lagu mereka berjudul Drama di pentas AJL34 malam semalam.

drama band ajl34

drama band death note

Pada awalnya, vokalis mereka iaitu Aepul menarik perhatian ramai dengan pembukaan persembahan yang agak menyeramkan, tampil dengan imej seperti karakter Ryuk  dalam anime Jepun iaitu Death Note.

Kemudian, mereka mencetuskan kontroversi dengan kemunculan beberapa karakter lain seperti mempersenda beberapa selebriti, pendakwah bebas serta ahli politik yang pernah berdepan kontroversi.

Sindiran berani mati

drama band sindir ajl34 drama band sindir ajl34 drama band sindir ajl34 drama band sindir ajl34

drama band ajl34

Antaranya ialah isu bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee, penyanyi, Haqiem Rusli yang sebelum ini mengatakan dirinya menghidapi depresi, isu rumah tangga dua pendakwah bebas dan juga kes melibatkan ahli politik.

Respon netizen

drama band sindir ajl34 drama band drama band sindir ajl34 drama band sindir ajl34

Persembahan berani mati itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Namun, ada yang berpendapat, ia hanya taktik murahan untuk meraih publisiti dan tindakan kumpulan itu pasti akan ada risikonya.

Apa pula pendapat anda tentang persembahan Drama Band di AJL34? Adakah ia keterlaluan?

Advertisement