November 8th, 2017

Lagu Jangan Menangis nyanyian Aizat Amdan cukup popular sekarang dan berjaya bertanding di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32 Ahad lalu. Walaubagaimanapun, ada pihak yang mendakwa lagu tersebut yang dicipta oleh Aizat, Mike Chan dan Faizal Tahir adalah karya ciplak. Ia adalah nyanyian asal penyanyi dari China, Hua Chen Yu berjudul King & Beggar yang diterbitkan pada tahun 2015.

Bagi menjawab segala persoalan, Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 32, Nurul Huda Khalid ketika dihubungi berkata, lagu Jangan Menangis layak bertanding kerana  Aizat, Mike Chan dan Faizal adalah pencipta asal lagu yang dinyanyikan penyanyi China itu.

Nurhul Huda  juga berkata, lagu tersebut juga tidak pernah dihantar untuk dicalonkan dalam Muzik-Muzik sebelum ini.

Lagu ini tak ada masalah dipertandingkan kerana mereka pencipta asal. Lagi pun lagu ini masih mengekalkan melodi sama cuma lirik saja diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia. Paling penting, lagu ini bukan lagu saduran atau ciplak. Seperkara lagi, lagu ini tidak pernah dipertandingkan dalam Muzik Muzik. Jadi, tidak menjadi masalah untuk dicalonkan. Mereka sebagai pencipta ada hak ke atas lagu ini.

Sekiranya lagu ini ke AJL sekali pun, ia bukan satu masalah. Sama seperti lagu Anak Kampung nyanyian One Nation Emcee dan Jimmy Palikat. Seperti semua maklum, versi asal lagu ini dalam Bahasa Kadazan. Jadi apabila ia disampaikan dalam versi Bahasa Malaysia, pihak penerbitan okey. Macam saya katakan tadi, selagi sesebuah lagu tidak pernah dipertandingkan dan ia masih lagu asli pencipta berkenaan, tak ada masalah.

Biasalah kalau ada lagu yang dinyayikan dalam versi lain ataupun diberikan nafas baru. Malah, karya artis tempatan juga banyak diciplak ataupun melodinya digunakan oleh artis luar sehingga mereka juga popular.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
February 4th, 2016

Jika Aizat Amdan pernah menafikan beliau bercinta dengan Aisyah Aziz, hari ini penyanyi wanita itu juga tampil dengan kenyataan yang sama setelah diasak dengan pelbagai persoalan daripada peminat.

Namun, Aisyah yang hanya berkawan baik dengan Aizat tidak menolak seandainya satu hari mereka dijodohkan untuk bersama.

Terus-terang, kami hanya berkawan baik dan keakraban kami tercetus sejak kami bekerjasama iaitu ketika dia menghasilkan lagu buat saya berjudul Pilihan Sejati.

Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, kami hanyalah sekadar kawan semata-mata, namun saya tidak berani cakap apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Jodoh itu kita tidak akan tahu sekarang.

Aisyah turut mengakui cukup selesa berkawan dengan Aizat dan antara rakan lelaki yang cukup rapat dengan dirinya.

Saya akui dia antara kawan lelaki yang agak rapat juga kerana kami senang berbincang dan bercakap mengenai muzik walapun citarasa muziknya dengan saya tidak sama.

Lagipun saya selesa berkawan dengannya kerana dia seorang yang tenang dan pendengar masalah yang baik.

Kalau ada jodoh apa salahnya, dua-dua pun selesa berkawan serta meminati bidang yang sama.  Aizat dan Aisyah mungkin sahaja boleh jadi pasangan yang ideal..Hehe

Sumber Berita: Murai

Advertisement
January 28th, 2016

Sering kelihatan keluar bersama, Aizat Amdan dan Aisyah Aziz dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

Walaubagaimanapun, Aizat  yang mengakui pernah keluar makan bersama dengan Aisyah tetap sekerasnya menafikan gosip tersebut dan menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang sahabat biasa.

Eh… Jangan salah anggap. Kami berkawan sahaja. Benar kami keluar makan bersama tetapi hubungan yang dijalinkan itu tidak lebih daripada sebagai kawan.

Biasalah, apabila selesai dengan urusan kerja di studio, saya dan rakan artis akan ke kedai makan.

Buat masa ini Aizat masih belum bertemu dengan wanita istimewa yang dapat mengisi kekosongan didalam hatinya.

Aizat mengimpikan seorang wanita yang beriman, memahami dirinya dan sependapat dengan beliau.

Dalam perkembangan lain, Aizat kini  tampil dengan sedikit pembaharuan dalam kariernya di mana dia akan menghasilkan sebuah lagu setiap bulan yang akan dibuat sehingga akhir tahun ini. Ia salah satu strategi oleh Aizat agar menarik minat serta perhatian ramai akan setiap lagu baharu yang bakal dikeluarkan.

Agak lama jugak Aizat tidak aktif dalam bidang nyanyian seperti dahulu, mungkin kali ini beliau boleh tampil dengan lagu hitz seperti dulu. Soal percintaan pula, tidak semestinya keluar bersama terus dilabelkan bercinta bukan?

Sumber Berita: mStar Online

Advertisement
December 10th, 2014

Walaupun masih belum disahkan 100%, kemungkinan besar Yuna tidak akan dapat membuat persembahan menyanyikan lagu Lelaki untuk AJL29. Ia bukanlah disengajakan sebaliknya komitmen kerjaya Yuna di Amerika Syarikat yang menyebabkan Yuna tidak dapat hadir. Perkara yang sama pernah terjadi satu ketika dahulu apabila tempat Yuna digantikan oleh Aizat yang menyanyikan lagu Terukir Di Bintang.

yuna

Untuk AJL29 kali ini, sekali lagi nama Aizat disebut-sebut sebagai pengganti yang sesuai untuk menyanyikan lagu Lelaki Yuna. Namun lirik lagu ini agak tidak sesuai untuk seorang penyanyi lelaki mendendangkannya. Sudah tentu yang terbaik ialah Yuna sendiri tampil menyanyikan lagu Lelaki, namun pada pandangan anda, siapakah yang sesuai untuk berdiri di atas pentas AJL29 untuk mengalunkan lagu ini?

aizat amdan

Antara nama yang bermain di kepala Abang Nara ialah Najwa Latiff, Fynn Jamal, Indah Ruhaila, Stacy, Alyah, Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah. Semuanya ada kelebihan dan imej masing-masing. Tak sabar rasanya nak tahu siapakah yang bakal menjadi pilihan Yuna. Diharap persembahan yang ditunjukkan oleh si penyanyi akan seawesome Aizat. Apa pula pendapat anda?

Advertisement