February 21st, 2014

Pernah gagal dalam pertunangannya dengan Ally Iskandar sebelum ini, akhirnya naib juara Gadis Melayu ini, Nur Aisyah Zainal, 29 tahun telah pun selamat bergelar isteri kepada Mohd Ashrudy Borhan, 34 tahun pada 14 Februari lalu. Majlis pernikahan berlangsung pada pukul 9.30 malam di Masjid Besar Alor Gajah dengan bapa Aishah sendiri menikahkan pasangan ini.

aishah zainal kahwin

Wang hantar sebanyak RM16,885 yang diambil bersempena hari lahir Aishah iaitu 6 Ogos 1985 telah pun dihantar oleh pengantin lelaki pada majlis tersebut. Pengantin lelaki adalah produser TV Al Hijrah. Ahsrudy telah melamar Aishah secara drastik kira-kira sebulan sebelum tarikh pernikahan.
aishah zainal kahwin

Tahniah buat Aishah dan Ashrudy atas perkahwinan anda. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang ramai untuk melengkapi hidup anda. Selamat melayari bahtera rumahtangga.

February 14th, 2011

 gambar tunang ally iskandar

Ok Abang Nara memang suka betul tengok gambar pertunangan Ally Iskandar dan Aishah Zainal nie. Garang semacam. Merah menyala. Aummmm ~~~ Tetiba terasa panas walaupun tengah duduk dalam ofis yang ber”aircond”.

Tahniah kami ucapkan kepada Ally kerana bakal mendapat seorang isteri yang cun melecun. Lagi gambar sekitar majlis pertunangan Ally Iskandar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada OhBulan.

gambar tunang ally iskandar

gambar tunang ally iskandar

gambar tunang ally iskandar

February 12th, 2011

gambar pertunangan ally iskandar aishah zainal

Wah tak sangka sebenarnya ramai yang kecewa apabila Ally Iskandar bertunang dengan Aishah Zainal. Ramai jugak ye peminat Ally nie. Setakat ini, baru ada sekeping gambar pertunangan Ally Iskandar dan Aishah Zainal. Nanti kalau ada lagi akan Abang Nara updatekan. Kredit gambar kepada RotiKaya.

February 11th, 2011

ally iskandar bertunang

Akhirnya gosip yang menyatakan Ally Iskandar bertunang hari ini telah disahkan. Saat entri ini ditulis, Ally sedang berada di dalam kereta menunggu selesainya majlis tersebut. Tunangnya tak lain tak bukan ialah Aishah Zainal, Naib Juara Gadis Melayu musim pertama. Gambar Aishah Zainal di bawah:-

aishah zainal tunang ally iskandar

Tahniah kami ucapkan kepada Ally Iskandar atas pertunangan ini. Semoga diberkati. Sumber berita dari Hazrey. Nanti kalau ada gambar pertunangan Ally Iskandar dan Aishah Zainal akan kami uploadkan.